Monday, December 27, 2010

...Exam Preparation...

Assalamualaikum silent readers sekalian...

exam aka ujian ini perkara biasa... sistem pembelajaran sekarang ini memang camni... kalau x manusia belajar lepas tu lupa... dah memang penyakit manusia camtu... tak kan la kita nak mengagak hari akan sentiasa cerah... mungkin akan hujan... tak kan kita berharap hidup sentiasa happy dan tiada rintangan sedangkan kesusahan dan kesedihan menjadikan kita menghargai segala kesenangan lantas menjadikan kita tabah dalam mengharungi kehidupan di zaman hutan batu ini...

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
(Surah Al-Ankabut:2)

dapat cuti 3 minggu... 1st week term break... lagi 2 week study week... balik la rumah kejap... memang tak study la... dah duduk umah... enjoy je (kat uni pun enjoy juga~ huhu)...

sekarang kat uni diharapkan dapat belajar dengan semangat... aja aja fighting!
nak study kat mana? itu yang musykil... nak study kat tcr... memang konfem tak study... dah bukak buku bertajuk "muka"... memang baca buku tu la... lagi satu buku allkpop ngan youtube... konfem jahanam result aku...

study kat library? memang mengantuk... asal sebut perkataan L ni aku dah ngantuk... ntah... cuba la study situ... benda yang manusia tak suka itu kadang-kadang adalah yang terbaik untuk manusia... meh tengok jadual exam jap...

lagi beberapa hari lagi... memang masa packed... ada aktiviti ngan ikhwah... kena study lagi... pada masa camni kemahiran munazzamun fi syu'nihi (teratur dalam urusan) amat membantu...

28 Dis-29 Dis: Study!
30 Dis-2 Jan:Mukhayyam kat gunung X
3 Jan: Rehat jap~
4 Jan - 8 Jan: Study lagi!
9 Jan - 19 Jan: Study intensively!
19 Jan pukul 7.00 malam: MERDEKA!!!

dah cukup la setakat ni... masa-masa camni la kena constant berdoa... insya'Allah...

wallahua'lam

ps: nak daki gunung tapi stamina x prepare lagi... hadoi~

Thursday, December 16, 2010

Ujian Hidup...

bismillahirrahmanirrahim...

dah lebih seminggu tak update blog... almaklumlah... student la katakan... sibuk ngan study,assignment dan exam... semua itu ujian kepada student supaya berupaya untuk berada dalam situasi yang tegang disamping mempelajari teori yang berkaitan dengan pekerjaan kita...

begitu lah juga dengan kehidupan... kadang-kadang kita akan didatangkan ujian...


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
(Surah Al-Ankabut:2)

begitu juga dengan diriku... diuji dengan kemalangan motosikal...syukur pada Allah kerana pada masa itu ada kawan-kawan tolong diri ini...hantar pergi klinik... serius pedih rasanya... pengalaman paling perit yang pernah aku rasakan dalam hidupku... tapi ada seorang akh mengingatkan aku pada masa aku ditimpa ujian semester lepas:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Surah Al-Baqarah:214)

apa yang aku alami ini tidaklah teruk seperti umat yang terdahulu... oleh itu aku bersabar untuk menghadapi semua ini... bersyukur kerana diberi nikmat untuk masih hidup untuk melakukan amal ibadah... dosa tak banyak... tapi berlambak-lambak je... haha

wallahua'lam

ps1:sakit betul aku menaip post ni... disebabkan sakit la aku tulis post ni pendek...
ps2:dah bgtau parents dah pasal kejadian nih... mereka terima dengan redha... nasib bek tak kena marah... hehe
ps3:alhamdulillah essainmen dah habis sebelum eksiden... takde la ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...

Thursday, December 2, 2010

Kalimat yang Baik dan Buruk.

Bismillahirrahmanirrahim...

terbaca beberapa ayat time tilawah hari tu...

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ
Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

(Surah Ibrahim:24-26)
Kalimat Yang Baik

berdasarkan ayat 24 dan 25... Allah menyuruh hamba-hambanya menyampaikan kalimat yang baik... "kalimat yang baik" ialah kalimat tauhid, segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat tauhid seperti "laa ilaa ha illallaah")... sebagai contoh...

Situasi:mengejutkan kawan untuk bangun subuh...
Masa:lewat waktu subuh...
Tempat:bilik tidur yang nyaman...

A membuka lampu lantas bermulalah scene mengejut subuh...
A:S... bangun la... dah subuh ni... D... oh! D.... bangun... nak dekat pukul 7 nih...
S:jap2(sambil menarik kembali selimutnya)
D:ye... nanti aku bangun...
A:cepatlah bangun...
keadaan sunyi... kedengaran suara A mengalunkan ayat al-Quran...
S masih dalam pelukan bantal peluknya dan D bangun... dengan lemah longlainya ke bilik air untuk mengambil wuduk...

situasi ini menunjukkan apabila kita diseru dengan kalimat yang baik... mereka melengah-lengahkan masa untuk menyahut seruan itu...

pohon yang sihat... akar yang kuat serta tegak melangit... ditambah dengan buah pada setiap musim... itulah ibaratnya kalimat yang baik...

Allah membuat perumpamaan untuk mengingatkan manusia... sbg contoh... kalau seorang manusia diingatkan secara direct... kadang-kadang mereka mengendahkan peringatan yang diberikan... pada masa itulah kita perlu gunakan kaedah memberi peringatan yang lain seperti memberi perumpamaan...

Allah memperingatkan manusia dengan sifat al-Alim (Yang Maha Mengetahui)... kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terkandung dalam hati hambanya...

Kalimat Yang Buruk

berdasarkan ayat 26 pula..."kalimat yang buruk" ialah kalimat kufur, syirik, segala perkataan yang tidak benar dan perbuatan yang tidak baik (ajakan kearah kemungkaran)... sebagai contoh...

Situasi: mengejut orang untuk bangun asar
Masa: sekitar waktu asar
Tempat: ruang tamu
A baru balik dari kuliah... M sedang tidur... mulut ternganga... lalat mengelilingi mulut M... A menghalau lalat itu (scene lalat ini ditokok tambah... harap maklum...)
A: hoi M... bangun la... dah solat asar... dah pukul 6 dah ni...
M:ermmmm... jap... jap... (sambil mengiring ke kanan)

lantas J datang dari dapur... ingin membincangkan isu peserta survivor yang terpaksa bogel untuk menjalani pertandingan itu... pakcik google ditanya...
J:uish... betulla... kesian diorang kena bogel... ade yang menarik diri sebab x sanggup bogel... tengok dia ni... telanjang (padahal di screen hanya ditayangkan gambar peserta lelaki yang memakai boxer sedang berlari...)... hoi M.. meh la tengok ni...
dalam sekelip mata si M sudah berada di sebelah kami semua...
kami semua ketawa...

lihat... apabila diseru dengan kalimat yang buruk... mereka segera mengejar tanpa melengah-lengahkan masa walau sesaat... keadaan ini amatlah terbalik...

apa yang ada pada pohon yang sudah dicabut akarnya? sudah tidak ada harapan untuk kembali seperti sediakala apatah lagi untuk kembali tegak... apa yang kita dapat dari pohon seperti ini? tiada hasil... bukankah begitu? kalau tak mampu pulih dan tegak masakan pula mengeluarkan buah... tapi persoalannya mengapa kita mengejar perkara itu?

jika dibandingkan dengan pohon yang sihat... akar yang kuat serta tegak melangit... malahan lebat dengan buah... bukankah itu yang sepatutnya kita kejar?

elak mengumpat, mencela dan lain-lain kalimat yang buruk... kerana semua ini tidak memberi sebarang kebaikan kepada diri manusia malah menambah pelaburan dalam neraka...

tepuk dada tanya iman... jika iman lemah hanyutlah iman dalam nafsu...

(amaran!! label huruf A,D,S dan J mewakili nama... nama tersebut merupakan rekaan semata-mata...)

Wallahua'lam

ps1: masih dalam mode repair hardware dan software diri... susah betul!
ps2:progress test dah habis... math test pun dah habis... sekarang ni masa nak study pulak... tetiba homework circuit pulak muncul... hohohoi~(gaya m daud kilau)
ps3:PSP dah direpair... kena pndai bahagi masa untuk main... x boleh lalai nih... kang nanti solat kemana study kemana...
ps4:usrah minggu lepas direfreshkan dengan 10 muwasafat tarbiah... dah nak terdelete dari minda dah... nasib baik ade orang ingatkan... begitu lah kepentingan usrah kepada diriku... mengingatkanku supaya tidak melalui jalan selain dari jalanNya...

Wednesday, November 24, 2010

Antara Islam dan islam~

bismillahirrahmanirrahim...

Islam berasal dari perkataan salama yang bermaksud aman atau sejahtera... dari sudut istilah pula bermaksud mentauhidkan Allah,patuh dan tunduk kepadanya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W... dan bla bla bla... semua itu kita tahu... ni benda paling asas dalam pendidikan Islam... kalau korang tak tahu... harap-harap boleh buka balik buku pendidikan islam korang yang dah bersawang tu...

Antara Islam dan islam... apa perbezaannya?

Islam bermula dengan huruf besar dan islam pula bermula dengan huruf kecil... selain itu, kedudukan kedua-duanya perkataan berlainan... dan Islam dikira penggunaan bahasa yang betul kerana Islam itu kata nama khas dan sepatutnya diletakkan huruf besar pada permulaannya... alahai... budak kecik pun boleh jawab...

jawapan skema dari aku ialah Islam hanya pada nama manakala islam pada sifat keislaman seseorang itu sendiri...

kalau korang perasan sekarang ni... ramai masyarakat kita yang hanya Islam pada nama dan kad pengenalan sahaja... ibadah menjadi adat kebiasaan mereka... sekularisme dan lain-lain... ini berdasarkan pengalaman aku di kawasan kediamanku di sekitar universiti omputih celup ini...

mereka yang berpendapat kalau dah tua baru nak bertaubat... tu la pasal kat surau atau masjid penuh dengan orang tua je... pastu lepas solat mesti ada doa... solat subuh kena ada qunut... xde bende tu orang usha pelik... macam yang terjadi kat kawan aku... x pasal-pasal je kena lecture agama... tapi sayang sekali... masyarakat tak belajar pasal agama secara mendalam... bagi lecture pun ikut konsep adat... kawan aku dengar je... sebab dia hormaat orang tua... sabar ye kawan... selain itu, agama ini tak boleh campur dengan urusan lain... dan lain-lain (kalau sebut banyak nanti bikin lu panas je... watpe kan...)

aku tak mahu la tuduh bukan-bukan... oleh itu aku sentiasa bersangka baik bahawa mereka yang kata dah tua baru nak bertaubat mungkin sebab diorang nak feeling masa bertaubat tu... sebab mereka dah pernah baca hadis 40 imam nawawi:


aku pun tak belajar dengan detail pasal hadis nih... bagus la mereka nih... awal-awal dah tahu... dah ada target umur 50-60an baru nak bertaubat tapi persoalannya... korang konfem ke dapat hidup smpai umur tu?

lagi satu ko sekular sangat apasal? kan ko kata islam is the way of life...

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah ayat 208)

aku malas nak bagi tahu lagi pasal sangka baik aku ni... kang x abis pulak...

oleh itu marilah kita semua tak kira tua atau muda mula beramal sekarang... kita mana tentu hidup lama... kita kata kita Islam tapi hakikatnya hanya pada nama sahaja... ingatlah tanggungjawab Islam terletak pada setiap bahu umat Islam... tunjukkanlah nilai Islam dalam diri korang

wallahua'lam

nota: baru abis progress test ngan math test... gile kentang susah... negative marking memang kejam! arghhhh!!! tapi sume tu hanya nota dari Allah menyuruh aku belajar lagi tekun dan serius...
doakan aku berjaya pada exam seterusnya...

Saturday, November 20, 2010

Reminder to SPM and STPM candidates~

Bismillahhirrahmanirrahim...

SPM dan STPM... bila disebut binatang ni... semua orang tahu inilah peperiksaan penghabisan dalam hidup pelajar sekolah... sama ada menghadapinya dengan susah payah, penat lelah dan memerah keringat dan darah (ayat agak melebih-lebih) ataupun menghadapinya dengan kacang, menjawab sambil menutup kedua-dua belah mata, mahupun menjawab ibarat membuat latihan ABC... tak kisah level apa pun korang punya pemikiran... buatlah yang terbaik...


SPM ini mengingatkan aku tentang diri aku juga... aku juga seperti budak lain yang mengambil SPM... selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PMR... ditawarkan ke sebuah sekolah terkemuka di Malaysia... aku menerima tawaran walaupun ibu bapa tak mampu menanggung aku ke sekolah itu... aku menghadapi pelbagai cabaran di suasana baru... almaklumlah... aku ni bukannya biasa sekolah asrama... keputusanku menurun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan... sehingga aku fail banyak subjek... sampai kena jumpa pengetua!

semangat aku masih down... aku pada masa itu banyak mendekatkan diri kepada Allah(maklumlah... sekolah budak baik... tapi aku tak pernah jadi baik... haha)... dan sentiasa meminta pertolonganNya... sampailah aku berkawan rapat dengan sorang kawan aku yg genius dan prodigy yg sekarang ni di KMS... thank you very much aqil~ Allah memberi pertolongan-Nya melalui kawanku ini... Semoga Allah mempermudahkan jalanmu ke syurga wahai sahabatku...

tapi itu sahaja tak cukup... trial spm aku masih dalam tahap membimbangkan... walaupun berjaya luluskan semua subjek... bilangan A masih kurang... namun aku tetap belajar dengan sabar dan memohon pertolongan Allah dengan solat hajat yang tak putus-putus... kerana aku percaya firman Allah:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu`,
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

SPM pun tiba... saat yang menggetarkan hatiku dan kepala otak aku sampai semua ilmu di dada berterabur... entah kemana menghilang... bertambah berdebar apabila apabila tengah jawab... tetiba hilang idea... aku jadi buntu...

4 hari sebelum critical subjek... aku bercadang untuk release tension... kawan-kawan aku ajak pergi cc kat klang... kawan baik aku yang baik ni pun ikut gak... dia kata "relax la... kan sekarang cuti sekolah...". aku pun terima tawaran teristimewa mereka... orang lain pergi main DoTA... aku pula pergi cari soalan spot... banyak dapat hasil bhai! disebabkan rasa happy sangat,kawan aku ajak main DoTA pun aku terima... balik dorm lewat malam... singgah masjid jap... pastu berlakon yang kitorang baru balik dari masjid... kalau kawan tanya kitorang wat ape... "Study la... ape lagi"kami memberi alasan yang agak power... x tahu la mereka terima atau tidak alasan gempak camni...

aku mencari kesamaan dalam setiap soalan spot... sebarang persamaan aku kira sebagai soalan konfem masuk... semua ramalan aku masuk beb! alhamdulillah~

subjek sains aku rasa lega sikit sebab dapat spot yang betul-betul kaw~

namun begitu aku risau... sebab aku rasa aku hanya mampu mendapat 5A sahaja dalam SPM ini... pada masa ini aku mula flashback jasa ibu bapa aku yang menghantar aku kesini untuk belajar... aku rasa hiba...

finally, tibalah masa untuk amik result 12 mac 2009... pergi dengan ktm bersama faqir dan aslah... kat sekolah... cikgu cakap aku dapat result teruk... aku makin resah... masa mengambil slip keputusan pada pukul 10... aku orang pertama ambil result dalam kelas 506... aku gembira sangat... dapat 10 A... alhamdulillah... terus aku call bapa aku... bapa aku cakap ini hadiah harijadi yang terbaik dia dapat pada hari lahirnya... aku gembira sangat dapat penghargaan daripada bapaku...

dan sekarang ini aku belajar di universiti omputih celup dengan ehsan MARA... banyak juga aku dapat... (wahai MARA... bila mahu beri elaun kepadaku tahun ini... kehidupanku kais pagi makan pagi kais petang makan petang semenjak dua menjak ini...)

dan dalam apa situasi sama ada susah mahupun senang sekalipun, kita perlu ingat pada-Nya... jangan kita menjadi hamba yang melampaui batas dan tidak menghargai-Nya... seperti firman Allah:
وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo`a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdo`a kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(Surah Yunus ayat 12)

dan aku berharap dapat istiqamah untuk bersyukur kepada Allah atas nikmat dan ujian yang diberi-Nya...

wallahua'lam

ps:coursework math dan lab report aku x siap lagi... ini semua salah adzim dan gamenya.... arghhh!

Thursday, November 18, 2010

Dunia Oh dunia~

Bismillahirrahmanirrahim

Hati ini sentiasa perlu diupdate dengan ilmu yang memberi kesan kepada amal dan mengetuk pintu iman kerana sesungguhnya matlamat utama seorang manusia tidak lain hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan mengharapkan Syurga-Nya...

ada seorang ustaz bernama Ustaz Hafizi (bukan nama sebenar...), memberi nasihat kepadaku, berusahalah mencari keredhaan Allah... sesungguhnya itu lah yang terbaik... saya rasa ada kebenaran dalam kata-kata nya...

Saidina Ali r.a berkata...
Dunia ini ada 6 perkara sahaja...
1-makanan
2-minuman
3-pakaian
4-kenderaan
5-yang diperisterikan (perempuan)
6-yang dicium (wangi-wangian)

semua ni memang dah sebati dalam hidup manusia... oleh hal yang demikian, kita perlu convertkan aktiviti dunia ini supaya menjadi ibadah supaya kita menjadi
mukmin yang mengamalkan Islam secara syumul...

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
maksud:dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
(Al-Mu'minuun ayat 3)

oh! sungguh rosak hati seseorang jika dia begitu berpegang TEGUH kepada dunia...
carilah ubat hati yakni mengingati mati dan sebagainya... (rujuk kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali rahimahullah...)

Wallahua'lam~

ps:raya kali ni ngan kawan2. pegi raya rumah safwan (bukan nama sebenar) naik kete CHEVVY (bukan nama sebenar) milik nasrun (bukan nama sebenar) bersama pa'tam johan(nama glamour yang sebenar) dan ashrie...


perghhh! sedap makan kat umah safwan... almaklum la... makanan free... puding caramel dia buat aku teringat je... dah balik pun termimpikan puding caramel tu... (tapi bukannya mimpi orang yang buat puding tu... hehe)... on the way balik singgah Alamanda... Safwan cakap nak beli berus gigi... beli berus gigi pun nak beli tempat high class... haha... lawak betul kwn aku nih...

dah... cukup la post kali ni... ada math coursework yang perlu disiapkan...
doakan yang terbaik...
may Allah bless you~

Monday, November 15, 2010

Aidil Adha dan minggu seterusnya... sigh~

Assalamualaikum...
raya kali ini bersama kawan... x boleh balik... sebab ada kelas keesokannya... dan seterusnya...
raya ni cadangnya nak tolong orang surau lapah lembu... maybe nak ambil pengalaman sikit...
by the way... minggu depan akan sibuk dengan coursework,progress test 4 ngan test engineering mathematics.... waaaaaaaaaaa~ gile aku dibuatnya... tak tau nak pi mana...(cakap kedah sikit~)


rasa nak main game counter strike yang real je... argghhhh!


pastu aku ada teringat satu ayat al-Quran:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu`,(Surah Al-Baqarah ayat 45)

sehebat mana pun ujian kita... ingatlah untuk meminta pertolongan dariNya...

sekian...
wallahua'lam~

Thursday, November 11, 2010

Progress Test 3~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Minggu ni aku ada progress test... Juz a quick update... Terbaca ayat ni time kat surau...

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا
Maksud: Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.
(Surah Al-Isra' ayat 67)

Pengajarannya janganlah bila dalam kesusahan baru nak minta tolong pada Allah... dan janganlah kufur nikmat...

dah... pergi study dulu...

Wallahua'lam~

ps:doakan aku berjaya...

Sunday, October 31, 2010

Isanghae?

Bismillahirrahmanirrahim...

salam 1malaysia(apa mimpi aku ntah... tetiba lak semangat 1malaysia...)

Rasulullah bersabda:

"Islam datang secara dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam pada waktu ia dagang."
-Riwayat Muslim-

hari ni aku rasa... ntah la... aku tak tahu macam mana nak describe... rasa sikit2 sedih... rasa sikit2 gembira... sedih sebab kawan2 aku tak seperti apa yang layak untuk aku... kan ade orang cakap, kalau nak kenal seseorang tu tengok kawan2nya... tapi atleast aku nak masuk la dengan diorang kn... nak tegur sikit2 tu boleh la... gembira pulak sebab orang aku dah jadi extraordinary...

tapi... bila difikirkan... aku rasa aku ni takde la baik sangat... tapi kawan2 sekeliling aku layan aku macam aku ni baik sangat... serius... aku rasa sangat tak selesa... rasa isang(dalam bahasa melayu bermaksud pelik)... tapi aku rasa inilah cabaran untuk orang yang nak kepada Islam... apa boleh buat... bersabar je la...

nak cerita nanti... takut diorang tak paham... nak tegur salah... tak tegur pun salah... aku jadi serba salah...

wallahua'lam

nota1:lebih baik fikir pasal pembaikan diri dulu... lagi bagus...
nota2:khamis ni ade korean language beginners class... malas amik upper class... aku suka start dari basic... hehe ^_^

Saturday, October 30, 2010

cerita orang dok rumah sorang2~

...fuuuuu... kedengaran bunyi angin yang bertiup dengan merdu di ruang tamu rumah ku... lantas aku bangun menuju ke dapur... membuka peti ais yang sejuk membeku di tepi dinding bersebelahan dapur... aku memandang ke arah botol 7 up yang hijau baik punya... terus ku teguk... "hmmmmphhh... ayor kosong je yob",kata aku dengan loghat perak yang dah lama tidak digunakan... aku ternampak bekas aiskrim yang berwarna kuning berperisa neopolitan... lantas aku menelan aiskrim bertubi-tubi... aku menghela panjang... "bila la diorang ni nak balik... tak kesian kat aku ke dok umah sorang sorang ni...", bising diriku yang keseorangan di rumah... tidak tahu apa yang patut dibuat di rumah...

sesudah itu aku kembali ke ruang tamu... aku memandang nota c programming dan nota lain-lain subjek dengan lesu..."asyik-asyik study... malas ah..."kata benakku... lalu aku terpandang satu konsol berbentuk rectangular yang mempunyai zip di tepinya... aku membukanya... banyak perkara aku tahu... hari ini aku baca sampai surah at-Taubah... oh! lambat betul aku membaca al-Quran... orang lain dah berkali-kali khatam... aku pulak baru khatam sekali je... nampaknya momentum ramadhanku sudah sama sekali hilang...

lepas itu baca buku apa ertinya saya menganut agama ISLAM karya Fathi Yakan... aku dah baca dah buku ni... tapi lupa pulak... aku nak buat review berdasarkan topik dia...

dalam buku ni... aku ada jumpa beberapa ayat yang murabbi dah bagitau berkali-kali pada anak usrahnya... namun diri ini hanya mampu mendengar.... dan tak mampu mengamalkannya... ayat tersebut:

dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)...maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya...sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu...dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya...
(Surah Asy-Syams:7-10)

aku nak jadi orang yang beruntung...

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)...

ps1:konsol merujuk kepada harta aku yang paling berharga... Al-Quran... hilang psp aku, aku x kisah... hilang konsol aku yang extra special ni aku, ke lubang cacing pun aku cari... sape2 curi konsol ni memang nak mati...
ps2:blogging pun blogging jugak... tido jangan lupa sudah...
ps3:td baca buku apa erti saya menganut ISLAM... qiamullail ni penting untuk membina individu... tapi nak bangun tu yang susah tu... Semoga Allah mempermudahkan jalan ku kepada-Nya~

Monday, October 25, 2010

efek kepada ilmu ialah amal...

Bismillahirrahmanirrahim...


facebook kini menjadi medan kepada pelbagai penyebaran ilmu dan info mahupun penyebaran fitnah dan gossip... teori konspirasi la... fitnah akhir zaman la... berita tentang umat Islam dihina dan dicaci... itu dan ini... tidak tentu sumber itu sahih atau tidak... ditambah dengan penyalahtafsiran ayat al-Quran dan hadis... dan lepas itu di share sesuka hati... dan pembaca terus mendapat info hanya sebagai info tambahan... tanpa terkesan ataupun tersedar di dalam hati untuk membangunkan umat Islam yang kini ibarat singa yang sedang tidur...

kalau nak share pun kena la pastikan apa yang di'quote'kan dalam artikel sahih dan bebas dari fitnah... kalau share nanti akan bercabang korang punya saham... tidak kira la saham pahala mahupun dosa...

aku bukannya apa... aku tengok sesetengah kawan aku cedok ilmu straight dari facebook pastu sebar kat aku... aku hanya akan dengar kalau cerita itu benar2 sahih...

lagi satu diorang ni tak habis2 cakap pasal freemason dan characteristicnya... pastu cakap yang kalau kita menyerupai sesuatu kaum, kita termasuk dalam kaum itu... aku tau semua tu... tapi ko tahu ke pasal freemason yang sebenar??? freemason tu kan pertubuhan rahsia dimana tak banyak info yang diketahui oleh kita... macammana mereka tahu tentang freemason dengan begitu senang...

senang cerita... aku hanya nak belajar ilmu untuk menjadi amal... belajar pasal al-Quran dan hadis... kerana pada aku... ilmu,amal dan istiqamah paling penting dalam hidup seorang muslim... itu pendirian aku... itu hala tuju aku... kalau ko nak cakap pasal ilmu yang tak pasti... aku tak nak dengar... ade aku kisah pasal ko?


inilah panduan yang sepatutnya... tafsir ayat al-Quran bukan ikut akal manusia...

efek kepada ilmu ialah amal... yang seterusnya membuahkan iman... bukannya nak berdebat kalahkan orang lain atau nak tunjuk hebat depan orang lain... tapi tak check iman diri sendiri naik atau tak... malah makin sombong dengan ilmu (ataupun tak puas hati bila kalah berdebat...)... baik tak payah...


iman sentiasa naik dan turun...

wallahua'lam...

ps1:post cam emo je... haha
ps2:aku tak tau la... kebelakangan ni kalau aku baca al-Quran aku rasa cam best je... kalau boleh tak nak berhenti je... adakah ini tanda kemanisan iman... (ahh... tak mungkin perjalanan aku untuk mencari kebenaran singkat camni je kn... hehehe)

Friday, October 22, 2010

C Programming For Life~

sedang study c programming yang makin susah setiap minggu... ditambah dengan progress test setiap 2 minggu yang boleh menyebabkan diri menjadi skema untuk jangka masa yang panjang...
rasa cam nak blogging tapi dlm pada masa yang sama aku perlu study... so ini la hasilnya...


#include

int main (void)

{
int usaha, doa, pakaian, tangan;
printf("dakwah ibarat membasuh baju dengan tangan... dilakukan dengan usaha + doa yang ikhlas... menbersihkan pakaian dan juga membersihkan tangan kita...");
/*usaha dan doa yang berterusan akan membuahkan hasil*/

return 0
}

berterusanlah melakukan perkara yang baik dengan sabar dan solat... nescaya pertolongan Allah akan datang...

ps:c programming ni merepek je... jgn la try kat laptop korang pulak... konfem tak jadi la... hahahaha

Friday, October 15, 2010

Syahadah Enta Dah Sempurna?


Usrah kedua selepas bergelar 1st year di universiti omputih celup ini... dah la tukar murabbi... tambah anak usrah plak tu... meriah betul usrah... pembentangan belum start due to recruitment of new da'ie... (chewah! bunyi cam aku ni baik sangat la pulak... hehe) So kitorang discuss pasal akidah tunjang utama dalam Islam... Banyak yang dibincangkan... so aku kat sini just nak kongsi ilmu sikit dan sedikit pandangan dari diri ana yang tak berapa cukup pengalaman dalam dakwah...


Syahadah merupakan ucapan akidah yakni kepercayaan terhadap keesaan Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya... Mengucap dua kalimah Syahadah merupakan rukun pertama dalam rukun Islam... Tak perlu disebut pun korang semua dah tahu... aku ni apa lah ilmu yang ada... setakat main game pandai la... kalau nak tahu lagi cari la kat google atau klik sini untuk lebih lanjut...


Namun begitu adakah ianya sekadar mengucap dengan mulut dan dibuktikan dengan amalan dalam rukun Islam yang lain yakni solat lima waktu sehari semalam,menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan?


Pada aku tidak sama sekali... Cuba lihat pada rukun Islam yang pertama... Syahadah...




Syahadah yakni pengakuan akidah itu sendiri memegang tanggungjawab yang besar... Bukan sekadar dimulut sahaja...


Menurut Syeikh Abdul Al-‘Ala Al Mardudi, seorang pejuang yang mahu mebina Negara Islam di India, katanya dalam satu ucapan:

Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama(cara hidup) kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar ( pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang tayak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja melafazkan syahadah ini. Perlu difikirkan, apa yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini?


Cuba flashback kisah penyebaran Islam di Mekah... pada masa itu Rasulullah S.A.W. menekankan akidah dalam pembentukan individu muslim... Selepas itu, apabila turun perintah Allah untuk solat,puasa, amar makruf nahi munkar, haji, penukaran kiblat ke baitullah dan sebagainya, mereka terus buat... Kenapa macam tu... Sebab dalaman mereka(iman) dah kuat... Apa sahaja perintah yang dikenakan, mereka terus ikut... Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya...


Syahadah enta terbukti sempurna apabila diri enta melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah tanpa sebarang keraguan...

Apa tunggu lagi... dalami Islam sekarang...

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?(10) Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu... Itulah yang lebih baik bagi kamujika kamu mengetahui...(11)

(Surah As-Saff ayat 10-11)

Sudah diberi tawaran yang terbaik... Apa pilihan korang... pilihlah~

Wednesday, October 6, 2010

Enta kenal Nabi Muhammad???



Nabi Muhammad banyak berkorban untuk menyebarkan Islam... pada akhir hayatnya... ummati ummati ummati... kalimah terakhir dari mulut baginda... menunjukkan bahawa baginda begitu sayangkan umatnya... namun kita sebagai umatnya... amat kurang mengingatinya apatah lagi berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... takkan pada sambutan maulidur rasul sahaja mahu ingat pada baginda...


menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW... lebih hebat menyambut sambutan tahun baru mahupun ulangtahun perkahwinan... lebih minat sambut kelahiran artis... lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW... padahal... artis tu tak tahu pun siapa peminatnya... yang artis tahu cuma peminat-peminatnya... dan tak lebih dari itu... Korang tak rasa membazir ke sambut hari lahir diorang???


Begitukah cara untuk kita menghargai jasa mereka??? jasa apa la sangat... tak memberi kebaikan langsung kepada kita...


Kalau kita selalu ingat pada Rasulullah dan sentiasa berselawat keatasnya... bukan sahaja mendapat pahala... malahan mendapat syafaat daripada Baginda...


Oleh hal yang demikian, berikut merupakan biodata dan kronologi hidup Baginda supaya kita lebih mengenali Baginda seperti kata pepatah tak kenal maka tak cinta...


BIODATA RASULULLAH SAW



· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat... cadangan ana(chewah... speaking arab skit...), banyakkan membaca fiqh sirah dimana mana kedai buku berdekatan(dengan nada promote) untuk menambah ilmu atau penghayatan tentang Islam...

ps:nak beli buku fiqh sirah... tapi duit tak masuk lagi... hmmmm.... cepatla duit masuk... nanti saya buat perangai elok2 sikit... hahaha

Monday, October 4, 2010

Oh! dah lebih setahun rupanya aku kat sini~

pejam celik pejam celik dah setahun aku dah belajar kat universiti... time degree kena sewa rumah sendiri...


rumah ni mahal beb... tapi aku rase bertuah gak dapat umah yang agak murah jika dibandingkan kawan2 senasib dengan aku... hahahaha

Electric and Electronic Engineering menjadi pilihan aku... Oleh hal yang demikian, aku ingin belajar dengan rajin... tak kira la ilmu dunia mahupun akhirat...

ps1: bile ada usrah nih??? aku dah ketandusan iman nih... setakat tengok Astro Oasis time cuti mana cukup...
ps2 : sebenarnya aku dah lama x tulis... idea pun kering... hahaha

Friday, September 10, 2010

Ramadhan... Semoga kita berjumpa lagi~

Baru lepas Ramadhan... Tibalah Syawal~

pergh!!! TVXQ pun sambut raya~ hahahaha

puasa cam ntah pape je... tapi raya disambut lagi meriah...

dah la... malas nak cakap pasal orang lain... lebih baik aku fikir pasal diri sendiri...

semoga ibadah kita dibulan ramadhan diterima malah berterusan dibulan seterusnya~

Sunday, August 29, 2010

10 terakhir Ramadhan...

10 malam terakhir semakin hampir... jom sama2 kita mengejar lailatul qadar... wish u all the best~





Friday, August 20, 2010

Aku, Kain Pelikat dan ...

Assalamualaikum (gaya upin dan ipin~)


aku menaip post ini untuk menjawab persoalan yang diajukan kepada aku~


kawan aku ade suka tanya soalan yang menduga pemikiran seorang remaja yang tak berapa hebat ini...
soalannye...


jeng jeng jeng!!!


"kenapa aku tak pernah nampak kau pakai kain pelikat???"


jawapan kepada soalan aku senang je... aku tak suka la.... hahaha
tapi disebalik jawapan aku yang simple ni... sebenarnya ada beberapa lagi reason yg menyebabkan aku x pakai kain pelikat...
first, aku x pandai pakai kain pelikat... (geram gak aku tak ada bakat langsung...MySpace maybe kalau suruh aku nyanyi lagu korea aku tau la... hahahaMySpace)





ehsan google...



pastu aku tak suka pakai sebab nampak seksi... korang jangan fikir lain pulak... hahahaha



semua ni lepas aku nampak ada sorang mamat ni sedang solat... pastu dia sujud... pergh!!!(bkn merujuk kpd action yang menyebabkan aku terangsang apabila aku nampak aurat dia... tapi merujuk kepada aksi disebelah ni->MySpace) habis nampak paha dia... lepas peristiwa tu, aku tak nak pakai kain pelikat... aku x suka pakai seksi2 nih... kalau orang putih panggil hot... bukannya apa... hot2 pun neraka lagi hot kan???



terbatal solat kalau terbuka aurat dengan sengaja. kalaulah ditiup oleh angin, lalu terbuka auratnya dan ditutup dengan segera, tidaklah batal sembahyangnya... tapi kalau terdedah aurat setiap kali sujud disebabkan posisi sujud yang tidak menutup aurat... camne pulak... sebab tu la aku tak nak pakai tu... lebih baik aku jauhkan diri dari perkara syubhat...



عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ ا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW danorang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.


korang yang pakai kain pelikat nih... pandai2 la jage aurat korang masa sujud... kalau boleh kite cari perkara yang boleh menyumbang kepada ibadah yang diterima Allah... bukan main hentam sajalah... mahupun bersikap "asalkan solat"... kalau solat tak diterima disebabkan kita tak menjaga rukun2 dan syaratnya... salah kita la kan... rugi je... kalau boleh kita aim high la...


ps: aku masih ingat time sunat dulu... aku tak pakai pun kain pelikat... hahaha

gambar sepupu aku sunat ade la... hahahaha

sekian~

Friday, August 13, 2010

Diari Ramadhan (alkisah di surau dkat umah...)

pejam celik pejam celik... dah hampir seminggu puasa... dan dalam pada masa itu... aku sangat suka tengok gelagat masyarakat kita...

first time aku pergi terawih... fulamak!!! penuh kot... nak msuk pun full... macam ikan bilis gitu... setelah beberapa kali terawih... ternyata masyarakat kita bersemangat first time je... hampeh betul!!! tapi aku sangka baik la kat korang... korang wat terawih kat tempat lain kot...

satu lagi lepas terawih, aku suka duduk kat belakang... pastu usha manusia sekitar... siapa saja yang lalu... semua jadi mangsa usha aku... hahaha... (cuma kalau ada makcik atau awek... aku constrict pandangan aku... sebab aku ingat yang sekarang ni bulan puasa...) belum habis witir lagi pun... (kantoi la x solat sunat witir... ) dah ade org beratur nak amik moreh (ntah la... aku xtaw camne nak eja)... hmphhh... lapar lg ke??? bukan ke dah buka puasa tadi??? ok la... aku sangka baik la kat korang... nak simpan untuk sahur la kan... betul tak???

time bulan ramadhan ni, aku paling tak suka kalau aku kena selesema dengan batuk... sebab aku time macam tu penting pada aku... dah la aku dah plan baik punya untuk ramadhan nih... tetiba demam pulak... plan 1 juz 1 hari + pergi surau setiap tarawih dah crash... hadoi...

ps:macam mana nak backup ibadah aku lepas nih...

Friday, August 6, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~

dah bersawang dah blog nih... cian nye... oleh sbb dah dpt pnjm berukben... boleh la update blog nih...


Ramadhan...
bulan yg diturunkan al-Quran...
bulan yg dimana malamnya menyamai 1000 bulan...

ramadhan semestinya jd penantian untuk semua orang di malaysia... x kira bangsa mahupun agama... kerana ade spesel pd bulan ramadhan...

untuk org yg bukan beragama Islam... mereka melihat ramadhan sbg fiesta mknn... bazar sini sana...
untuk muslim plak... peluang untuk mndpt keuntungan... untuk dpt bonus pahala... dan sbgnya...

bulan yg bla bla bla... (xyah cite... sume dah tahu...
MySpace)

so... setakat mane persediaan kite???

korang dah besar kn??? pndai2 la piki... pndai2 la prepare untuk diri sendiri...

ps.1:malas nak ltak hadis... rsenya semua org tahu pasal keistimewaan ramadhan dan mcam lg nih... korang kn lg pndai psl bab ni dr aku...
ps.2:aku rse rsau plak... tkut x boleh bawak diri bulan ramadhan nih...
ps.3:cdg nak ajak 1family wat amalan dlm bulan pose nih~

Thursday, May 27, 2010

Overview Kehidupanku Selepas Alam Sekolah

Lpas amik result... aku dok umah goyang kaki kegembiraan apabila result aku tidak seperti yg aku sangkakan... aku ingat dpt 5A je... tgk2 dpt 10A... perghhhh.... syukur...

Pastu aku apply matrikulasi ngan upu...

15 Mei 2009:
Dpt tawaran Kolej Matrikulasi Perak... so aku pegi la... sbb result MARA x konfem dpt atau x...

kunci bilik aku...

shakir ngan wan shalala in the morning~

belajar subjek ape ntah ajar mende ni kat matrik dlu... lpe plak~

dok KMPk... aku slalu study... dok Notts... study last minute je... hadoi... pe nak jd nih~

sblm aku blah meninggalkan mereka... rindu bdak klas aku tu...

22 Mei 2009:
Result temuduga MARA keluar... tp pd mse tu... aku still kat KMPk lg... aku check result gne laptop kwn...

x pnah dgr pun uni nih...


9 Julai 2009:
hari pertama aku menjejakkan kakiku ke universiti omputih celup ini... mahu atau tidak...tawaran oleh MARA untuk amik foundation of engineering... tenkiu MARA...

University of Nottingham Malaysia Campus (aku naik helicopter untuk tangkap gambar nih..hahaha)

Universiti of Nottingham Malaysia Campus (UNMC)

uni waktu malam

jalan yg first aku gne untuk daftar kat admin building~

aku ditempatkan di hall redang bilik I3A31...ahli bilik ni aku, pg, pp ngan afiq baby... blik dpan aku lak I3A30... ahli bilik ni wan, jeffry johan john, hasbulah, ngan abdul hadi... mid year bru aku perasan no bilik aku dan bilik depan menyerupai perkataan kurang elok... korang pikir2 la sendiri...
Redang Hall

I3A31... pikir2 la sendiri... hahaha

I3A30 dlm bhse korea bermaksud b*d*h...


aku still istiqamah pegi ic (islamic center aka masjid) cam kat skola lame... cume kat cni aku x pergi solat 5 waktu kat ic... kdg2 solat kat bilik gak... huhu~ dan satu lg aku perasan... kat ic x byk org melayu muslim yg solat kat ctu... bley bilang ngan jari je... ish3... pe nak jd nih... maybe diorang solat kat surau luar kot (sangka baik...hehehe)

aku rajin ikut program senior mse mule2 msuk cni... smpai stu hari... aku sorang je yg ikut program diorang... aku diceritakan tentang usrah... aku ingtkn kat skola je ade usrah... seriously... ngehehehe... pastu dipendekkan cerita... aku join je usrah... sbb aku nmpak peluang untuk diriku berubah...

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

ternyata Allah menyayangi diriku ini... walaupun aku sudah byk kali lalai dari mengingati-Nya... dia sentiasa mengingatkn diriku pada-Nya... peringatan-Nya x pernah putus...

byk bende yg aku dah pelajari disini...
main poker, improve skill DoTA, ragam manusia (org Melayu) di universiti omputih celup, improve skill masak, jaga rambut dan rebonding (hehehe), kurangkn ke-skema-an drpd skola lame, kehidupan universiti, blaja fesbuk, blaja pandangan masyarakat terhadap org lain, dan mcam2 lagi... klau aku mention semua kat post ni... semestinya panjang post aku nnt...

dan byk gak aktiviti aku wat kat cni...
broga climbing, pegi Midvalley, pegi The Mines, pegi LowYat, Pikom Computer Fair, jmpe awek lawa kat PC Fair (adeyh... kantoi plak... hehehehe), online kat TCR, aktif ngan Islamic Society University of Nottingham Malaysia Campus, men DoTA ngan member, lepak kat bilik bdak2 foundation, usrah di Serdang dan Bangi, Daurah, jaulah ke Kelantan, lepak kat Alamanda, futsal, kedai mamak (smpai nak boring mamak tu tgk mke kitorng... hahaha), study, klas komputer, dan lain2 lg...

Aktiviti pertama dgn Islamic Society...

Aktiviti kedua Islamic Society... ke Planetarium Negara

jln2 kat sekitar taman...

Iklan Kasut... muahahaha

antara eksperimen yg susah nak buat


sungai tekala...

2 tayar kiri pecah lepas langgar lobang...

pegi putrajaya...

New Year kat KLCC... wat taskforce kat sne... bkn pegi konsert... tp dgr ceramah ngan lgu nasyid kat Masjid As-syakireen

Aiman memberi tazkirah (sbnrnye tgh discuss pasal assignment Islamic Studies...)

Kesian kat faza... kne baling...

jaulah ke kelantan... pantai cahaya bulan...

kat masjid somewhere kat kubang kerian...

kat bandar kota bharu... pasarraya ape ntah... dah lpe plak~

aku posing gaye ala2 suju... hehe

kdai buku...

tunggu tren gi lowyat

makan kat midvalley

posing skit~

ilham memberi berkongsi asam garam kehidupan~

jln kat putrajaya... x tido sehari...

besday nazmi kat mcD... nyanyi lgu untuk nazmi...

lpas mkn nasi lemak... hakim try jalan terus... ke broga town...

x tau ape name tmpat nih

aku soh din study... tp die rilek2 plak~

broga third peak...

makan lpas wat urusan rumah kat tts 3/4...

tension study Light,Wave and Electron B...

Semua bajet sudy la nih...

Lpas habis test... lpak kat bgunan admin...

kdg aku lihat rakan2ku... aku kesian pd diorang... aku xtau nak wat camne... klau aku bersama mereka... wat perkara x elok... aku just amik ibrah dr ape yg diorang buat...

26 Mei 2009:
pabila msa untuk menjawab paper Electric and Magnetism B tamat... berakhirnya foundation di unversiti omputih celup ini...

xtau nak balik ble... aku rse cam nak stay lame skit tgk drama korea dlu ke... almaklum la... kat umah aku mne ade tenet... serius... blik nnt aku pasti akan cpat rse bosan ngan computer kat umah... hnya KBSW kat rumah peneman aku nnt...

lg satu kat umah aku xtau nak watpe... aku harap diriku tidak lupa pada-Nya... aku akan try untuk bce bhn tarbiyyah dan dakwah karya Hassan Al-Banna, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, dan lain2... xingat lak nme... ini lah jdnye klau lalai ikut perkembangan citer korea... nme pelakon korea je aku knal... nma insan2 yg byk berjuang untuk agama aku x reti nak ingat... teruk3... huhuhu...

aku harap akan ade org follow up aku mse aku kat umah... ade usrah kat utp ke... harap2 la...

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Kebiasaannya... klau aku kat umah... iman aku terumbang-ambing... dah la umah jauh sgt ngan surau... haish... x best tolla dok kat kmpung... nseb bek family aku nak dkat pindah ke rumah yg bru... dkat ngan surau... yeayyyyy!!! aku bkn ape... nak berubah jd lebih baik... ckup la masa silamku yg kelam... aku mahu masa depan yg cerah dan mencerahkan masa depan orang lain... insya'Allah~

Dlm setahun nih... byk yg berlaku berlaku... dan aku berharap... aku akan berusaha untuk memperbaiki hidup aku yg x terurus ni~

doakan aku ye...