Thursday, November 18, 2010

Dunia Oh dunia~

Bismillahirrahmanirrahim

Hati ini sentiasa perlu diupdate dengan ilmu yang memberi kesan kepada amal dan mengetuk pintu iman kerana sesungguhnya matlamat utama seorang manusia tidak lain hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan mengharapkan Syurga-Nya...

ada seorang ustaz bernama Ustaz Hafizi (bukan nama sebenar...), memberi nasihat kepadaku, berusahalah mencari keredhaan Allah... sesungguhnya itu lah yang terbaik... saya rasa ada kebenaran dalam kata-kata nya...

Saidina Ali r.a berkata...
Dunia ini ada 6 perkara sahaja...
1-makanan
2-minuman
3-pakaian
4-kenderaan
5-yang diperisterikan (perempuan)
6-yang dicium (wangi-wangian)

semua ni memang dah sebati dalam hidup manusia... oleh hal yang demikian, kita perlu convertkan aktiviti dunia ini supaya menjadi ibadah supaya kita menjadi
mukmin yang mengamalkan Islam secara syumul...

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
maksud:dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
(Al-Mu'minuun ayat 3)

oh! sungguh rosak hati seseorang jika dia begitu berpegang TEGUH kepada dunia...
carilah ubat hati yakni mengingati mati dan sebagainya... (rujuk kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali rahimahullah...)

Wallahua'lam~

ps:raya kali ni ngan kawan2. pegi raya rumah safwan (bukan nama sebenar) naik kete CHEVVY (bukan nama sebenar) milik nasrun (bukan nama sebenar) bersama pa'tam johan(nama glamour yang sebenar) dan ashrie...


perghhh! sedap makan kat umah safwan... almaklum la... makanan free... puding caramel dia buat aku teringat je... dah balik pun termimpikan puding caramel tu... (tapi bukannya mimpi orang yang buat puding tu... hehe)... on the way balik singgah Alamanda... Safwan cakap nak beli berus gigi... beli berus gigi pun nak beli tempat high class... haha... lawak betul kwn aku nih...

dah... cukup la post kali ni... ada math coursework yang perlu disiapkan...
doakan yang terbaik...
may Allah bless you~

No comments: