Friday, October 15, 2010

Syahadah Enta Dah Sempurna?


Usrah kedua selepas bergelar 1st year di universiti omputih celup ini... dah la tukar murabbi... tambah anak usrah plak tu... meriah betul usrah... pembentangan belum start due to recruitment of new da'ie... (chewah! bunyi cam aku ni baik sangat la pulak... hehe) So kitorang discuss pasal akidah tunjang utama dalam Islam... Banyak yang dibincangkan... so aku kat sini just nak kongsi ilmu sikit dan sedikit pandangan dari diri ana yang tak berapa cukup pengalaman dalam dakwah...


Syahadah merupakan ucapan akidah yakni kepercayaan terhadap keesaan Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya... Mengucap dua kalimah Syahadah merupakan rukun pertama dalam rukun Islam... Tak perlu disebut pun korang semua dah tahu... aku ni apa lah ilmu yang ada... setakat main game pandai la... kalau nak tahu lagi cari la kat google atau klik sini untuk lebih lanjut...


Namun begitu adakah ianya sekadar mengucap dengan mulut dan dibuktikan dengan amalan dalam rukun Islam yang lain yakni solat lima waktu sehari semalam,menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan?


Pada aku tidak sama sekali... Cuba lihat pada rukun Islam yang pertama... Syahadah...




Syahadah yakni pengakuan akidah itu sendiri memegang tanggungjawab yang besar... Bukan sekadar dimulut sahaja...


Menurut Syeikh Abdul Al-‘Ala Al Mardudi, seorang pejuang yang mahu mebina Negara Islam di India, katanya dalam satu ucapan:

Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama(cara hidup) kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar ( pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang tayak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja melafazkan syahadah ini. Perlu difikirkan, apa yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini?


Cuba flashback kisah penyebaran Islam di Mekah... pada masa itu Rasulullah S.A.W. menekankan akidah dalam pembentukan individu muslim... Selepas itu, apabila turun perintah Allah untuk solat,puasa, amar makruf nahi munkar, haji, penukaran kiblat ke baitullah dan sebagainya, mereka terus buat... Kenapa macam tu... Sebab dalaman mereka(iman) dah kuat... Apa sahaja perintah yang dikenakan, mereka terus ikut... Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya...


Syahadah enta terbukti sempurna apabila diri enta melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah tanpa sebarang keraguan...

Apa tunggu lagi... dalami Islam sekarang...

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?(10) Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu... Itulah yang lebih baik bagi kamujika kamu mengetahui...(11)

(Surah As-Saff ayat 10-11)

Sudah diberi tawaran yang terbaik... Apa pilihan korang... pilihlah~

No comments: