Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Rumahku Bukan Lagi Syurgaku

Assalamualaikum

hari ini aku balik ke rumah sewa yang telah ditinggalkan lama sejak habis peperiksaan hari itu... gile byk lipas berterbangan ibarat little fairy yang sedang berterbangan... tapi bezanya kat rumah aku fairy berkaler hitam... haha

rumahku bukan lagi syurgaku... itulah perkataan yang keluar bila aku nampak lipas merata2... ada yang mandi minyak dalam kuali, ada yang mandi dalam baldi, ada yang tido atas sabun buku dan macam2 lagi... kalau aku post gambar2 tu, nanti korang terus geli ngan blog aku... so aku simpan je la... haha

actually aku datang selangor untuk hadiri program PERSIS...
aku pun x tahu ape bendanya program ni... yang aku tahu program usrah la kot... aku join je lah... benda baik x kan nak tolak...

dah la... tido dulu... nanti bangun lambat pulak~

papai

nota mirull:
1.tengoh pening memikiokan nak koje kat mane(loghat bota~)
2.harap ramadhan akan datang ibadah aku terjaga... takut lak aku kalau hancus pulak... haha

Tuesday, May 3, 2011

Tukar Link Blog

Baru tukar link blog dari

http://iammorecomplexthanyouthink.blogspot.com/

kepada

http://mirull-al-iskandari.blogspot.com/

selalu la jenguk saya ye...

sebab apa aku tuka?
1. sebab ini blog aku... suka hati la...
2. blog lama panjang url dia... susah lak nak ingat....
3. suka2... tak boleh ke?

hahaha~

tapi consequence dia byk benda reset... huhu

nota mirull:
1. RTS report dah siap... YAY!
2. aku dah ketagih main game valkyria chronicles 2... argghhhh tidaaakkkkkkkkk! dah la nak dekat ngan exam
3. masa untuk study betul2... yosh!

Thursday, April 28, 2011

Kisah Doktor dan Pesakit.


ada seorang mamat ni berjumpa doktor... setelah berjumpa dengan doktor, doktor membekalkan ubat serta surat prescription tentang apa yang perlu dibuat untuk pulih dari penyakit yang dialaminya...

untuk dijadikan cerita, mamat ni pekak atau ape ntah... dia menyalin dan menulis semula apa yang terkandung dalam surat prescription itu dan kemudian gantungkannya di dinding rumahnya dengan harapan ia akan menyembuhkan penyakitnya.

tidak cukup itu sahaja, dia lipat surat itu dan seterusnya dipasang dengan tali untuk dijadikan rantai untuk dipakainya dengan harapan bahawa ia akan menyembuhkan penyakitnya...

seterusnya dia menghafaz surat itu dan dibaca berulang kali dengan harapan akan sembuh penyakitnya...

seterusnya dapat idea untuk menulis lagu selepas mendapat ilham... dia menjadi artis popular youtube dengan menyanyikan lagu seperti 'Lagu Demam', "Lagu Sakit Kepala' dan lain-lain lagu hits.

Persoalannya, adakah mamat tu akan sembuh dari penyakitnya dengan cepat?

mengapa tidak mahu mengikut nasihat doktor yang telah lama belajar tentang badan manusia, tentang bagaimana each organ in human work, yang lebih faham selok belok badan manusia daripada pelajar engineer yang faham pasal kereta, electic circuit, computer language, chemical compound of a substances dan tahu design bangunan.

mengapa tidak percaya yang doktor lebih memahami badan manusia lebih dari pelajar bisness and management, pelajar bioscience, dan budak yang kerja kat workshop kereta...

MENGAPA?

so, betul la teka teki
nasi apa yang susah dimakan itu?jawapannya kat nota mirull~

Tuhan yang menciptakan manusia. Allah lebih tahu malah sangat arif tentang manusia dari fizikal sampai apa yang berada dalam hati...
adakah kamu tidak percaya pada kata2Nya (al-Quran)?

kata2Nya (al-Quran)...
adakah untuk dibaca atau dilagukan supaya dapat menjadi sekadar halwa telinga?
adakah untuk dihafaz tanpa difahami dan diamalkan?
adakah untuk digantung di dalam rumah sebagai perhiasan?
adakah untuk dijadikan tangkal sebagai perlindungan dari malapetaka?
adakah untuk diletakkan dirumah sebagai penghalau hantu?
adakah itu ... dan ini...

TIDAK!!!

al-Quran bukanlah diturunkan untuk itu semua... semua itu hanyalah sampingan sahaja...

al-Quran untuk membaiki umat manusia
membaiki akhlak manusia yang sudah banyak terpesong...
mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya...
seterusnya menjadi rahmat sekalian alam sekiranya each of us membawa panji-panji agama Allah ini...
untuk merealisasikan ustaziatul alam dimana keindahan islam dapat dilihat secara terang2an.

nota mirull:
1. cerita diatas hanya rekaan semata-mata.
2. jawapan teka teki: nasihat~
3. post ni ditujukan general tapi mostly untuk diri sendiri yang berlumba nak khatamkan al-Quran tanpa melihat dan merenung maksud dan pengajaran dari al-Quran.
4. coursework tinggal lagi satu... YAY... RTS RTS RTS RTS RTS
5. exam nak dekat... jadi tak boleh balik study week nih...
6. study study study study study study study study study study study
6. lepas beberapa coursework dalam seminggu... kepala terus sewel... ^*$%*$*%$^$#

Monday, December 27, 2010

...Exam Preparation...

Assalamualaikum silent readers sekalian...

exam aka ujian ini perkara biasa... sistem pembelajaran sekarang ini memang camni... kalau x manusia belajar lepas tu lupa... dah memang penyakit manusia camtu... tak kan la kita nak mengagak hari akan sentiasa cerah... mungkin akan hujan... tak kan kita berharap hidup sentiasa happy dan tiada rintangan sedangkan kesusahan dan kesedihan menjadikan kita menghargai segala kesenangan lantas menjadikan kita tabah dalam mengharungi kehidupan di zaman hutan batu ini...

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
(Surah Al-Ankabut:2)

dapat cuti 3 minggu... 1st week term break... lagi 2 week study week... balik la rumah kejap... memang tak study la... dah duduk umah... enjoy je (kat uni pun enjoy juga~ huhu)...

sekarang kat uni diharapkan dapat belajar dengan semangat... aja aja fighting!
nak study kat mana? itu yang musykil... nak study kat tcr... memang konfem tak study... dah bukak buku bertajuk "muka"... memang baca buku tu la... lagi satu buku allkpop ngan youtube... konfem jahanam result aku...

study kat library? memang mengantuk... asal sebut perkataan L ni aku dah ngantuk... ntah... cuba la study situ... benda yang manusia tak suka itu kadang-kadang adalah yang terbaik untuk manusia... meh tengok jadual exam jap...

lagi beberapa hari lagi... memang masa packed... ada aktiviti ngan ikhwah... kena study lagi... pada masa camni kemahiran munazzamun fi syu'nihi (teratur dalam urusan) amat membantu...

28 Dis-29 Dis: Study!
30 Dis-2 Jan:Mukhayyam kat gunung X
3 Jan: Rehat jap~
4 Jan - 8 Jan: Study lagi!
9 Jan - 19 Jan: Study intensively!
19 Jan pukul 7.00 malam: MERDEKA!!!

dah cukup la setakat ni... masa-masa camni la kena constant berdoa... insya'Allah...

wallahua'lam

ps: nak daki gunung tapi stamina x prepare lagi... hadoi~

Thursday, December 16, 2010

Ujian Hidup...

bismillahirrahmanirrahim...

dah lebih seminggu tak update blog... almaklumlah... student la katakan... sibuk ngan study,assignment dan exam... semua itu ujian kepada student supaya berupaya untuk berada dalam situasi yang tegang disamping mempelajari teori yang berkaitan dengan pekerjaan kita...

begitu lah juga dengan kehidupan... kadang-kadang kita akan didatangkan ujian...


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
(Surah Al-Ankabut:2)

begitu juga dengan diriku... diuji dengan kemalangan motosikal...syukur pada Allah kerana pada masa itu ada kawan-kawan tolong diri ini...hantar pergi klinik... serius pedih rasanya... pengalaman paling perit yang pernah aku rasakan dalam hidupku... tapi ada seorang akh mengingatkan aku pada masa aku ditimpa ujian semester lepas:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Surah Al-Baqarah:214)

apa yang aku alami ini tidaklah teruk seperti umat yang terdahulu... oleh itu aku bersabar untuk menghadapi semua ini... bersyukur kerana diberi nikmat untuk masih hidup untuk melakukan amal ibadah... dosa tak banyak... tapi berlambak-lambak je... haha

wallahua'lam

ps1:sakit betul aku menaip post ni... disebabkan sakit la aku tulis post ni pendek...
ps2:dah bgtau parents dah pasal kejadian nih... mereka terima dengan redha... nasib bek tak kena marah... hehe
ps3:alhamdulillah essainmen dah habis sebelum eksiden... takde la ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...