ada seorang mamat ni berjumpa doktor... setelah berjumpa dengan doktor, doktor membekalkan ubat serta surat prescription tentang apa yang perlu dibuat untuk pulih dari penyakit yang dialaminya...
untuk dijadikan cerita, mamat ni pekak atau ape ntah... dia menyalin dan menulis semula apa yang terkandung dalam surat prescription itu dan kemudian gantungkannya di dinding rumahnya dengan harapan ia akan menyembuhkan penyakitnya.
tidak cukup itu sahaja, dia lipat surat itu dan seterusnya dipasang dengan tali untuk dijadikan rantai untuk dipakainya dengan harapan bahawa ia akan menyembuhkan penyakitnya...
seterusnya dia menghafaz surat itu dan dibaca berulang kali dengan harapan akan sembuh penyakitnya...
seterusnya dapat idea untuk menulis lagu selepas mendapat ilham... dia menjadi artis popular youtube dengan menyanyikan lagu seperti 'Lagu Demam', "Lagu Sakit Kepala' dan lain-lain lagu hits.
Persoalannya, adakah mamat tu akan sembuh dari penyakitnya dengan cepat?
mengapa tidak mahu mengikut nasihat doktor yang telah lama belajar tentang badan manusia, tentang bagaimana each organ in human work, yang lebih faham selok belok badan manusia daripada pelajar engineer yang faham pasal kereta, electic circuit, computer language, chemical compound of a substances dan tahu design bangunan.
mengapa tidak percaya yang doktor lebih memahami badan manusia lebih dari pelajar bisness and management, pelajar bioscience, dan budak yang kerja kat workshop kereta...
MENGAPA?
so, betul la teka teki
nasi apa yang susah dimakan itu?jawapannya kat nota mirull~
Tuhan yang menciptakan manusia. Allah lebih tahu malah sangat arif tentang manusia dari fizikal sampai apa yang berada dalam hati...
adakah kamu tidak percaya pada kata2Nya (al-Quran)?
kata2Nya (al-Quran)...
adakah untuk dibaca atau dilagukan supaya dapat menjadi sekadar halwa telinga?
adakah untuk dihafaz tanpa difahami dan diamalkan?
adakah untuk digantung di dalam rumah sebagai perhiasan?
adakah untuk dijadikan tangkal sebagai perlindungan dari malapetaka?
adakah untuk diletakkan dirumah sebagai penghalau hantu?
adakah itu ... dan ini...
TIDAK!!!
al-Quran bukanlah diturunkan untuk itu semua... semua itu hanyalah sampingan sahaja...
al-Quran untuk membaiki umat manusia
membaiki akhlak manusia yang sudah banyak terpesong...
mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya...
seterusnya menjadi rahmat sekalian alam sekiranya each of us membawa panji-panji agama Allah ini...
untuk merealisasikan ustaziatul alam dimana keindahan islam dapat dilihat secara terang2an.
nota mirull:
1. cerita diatas hanya rekaan semata-mata.
2. jawapan teka teki: nasihat~
3. post ni ditujukan general tapi mostly untuk diri sendiri yang berlumba nak khatamkan al-Quran tanpa melihat dan merenung maksud dan pengajaran dari al-Quran.
4. coursework tinggal lagi satu... YAY... RTS RTS RTS RTS RTS
5. exam nak dekat... jadi tak boleh balik study week nih...
6. study study study study study study study study study study study
6. lepas beberapa coursework dalam seminggu... kepala terus sewel... ^*$%*$*%$^$#
1 comment:
walaupun tak faham, hati tetap boleh bersih dengan ayat al-Quran
sebaiknya fahamkan
Post a Comment