Sunday, April 10, 2011

Dimana Tamadun Islam?

Tamadun Islam...
sehebat namanya
dimana kemakmuran untuk semua
keindahan merata
dari seni bina hingga akhlak
menjadi ikutan semua kerajaan lain
semuanya dibina dengan binaan yang baik
atas dasar Islam
atas dasar Iman
atas dasar Ukhwah
Lillahi Taala...

Namun...
segalanya hilang begitu sahaja
bagai mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri
tiada tempat bergantung
tiada tempat perlindungan
tiada tempat mengadu nasib

Kini...
apabila kita dihina
tiada siapa untuk kita minta pertolongan
yang ada hanya Allah

Bangkitlah umat Islam
bangkitlah Khairu Ummah
bangkitlah umat yang disayangi Rasulullah
sahut seruan Allah dan Rasul
dengan tugas kita
khalifah dan ibadah kepada Allah

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:10-11)

Sedarlah...
umat Islam dalam sengsara
lihatlah palestin
lihatlah malaysia
lihatlah mesir
lihatlah indonesia
lihatlah seluruh pelosok negara Islam
semua memerlukan bantuan seorang khalifah

Bilakah ianya akan berlaku?
semestinya bukan sekadar bercakap di kedai kopi
dan bukan hanya sekadar berangan dan bermimpi
tapi dengan usaha
usaha yang sungguh-sungguh
walaupun jasad ini hilang
demi memperjuangkan kalimah Allah~

nota mirull:
1.baru lepas ISK... kalau boleh nak pergi selalu la...
2.kadang-kadang bila fikir pasal umat Islam... tak kisahlah tengok kawan sendiri atau diri sendiri mahupun umat Islam di tempat lain...

No comments: