Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

bahaya kalau hidup secara bermewah!

assalamualaikum dan salam satu malaysia(erk!)!

aku sedang cuti summer break... oleh itu aku terdedah dengan cerita melayu yang banyak kat tv... dan mostly aku tengok citer melayu pasal koperat dan keparat... dan based on these situation aku boleh cakap hidup mewah ni bahaya~












kenapa bahaya kalau hidup mewah? kalau kita tengok cerita melayu, orang kaya ni ada banyak masalah hidup... lupa diri, konflik keluarga, rasuah, dan macam2... dan dalam alquran pun ada sebut... selepas ayat tentang neraka disebut, ayat tentang penghuni neraka pulak...


Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewahan.(56:45)


pada hemat aku la kn... bila kita hidup mewah... we tend to follow what our hearts desire without noticing that we are following nafs' not iman instead...


so aku menyeru diri aku dan semua yang lain supaya hidup sederhana... xde salah pun hidup sederhana~


PS:maksud bermewah2 ni actually semua barang yang dimiliki untuk menunjukkan status atau untuk menunjuk2... it depend on niat actually~


nota mirull:


1.aku sebenarnya bukannya nak kata tak boleh hidup mewah... cuba tengok abdul rahman bin auf... dia kaya... tapi xde pun bermewah2 sangat... just biasa je... cuma kita beli sesuatu untuk tujuan ape... asalkan bukan untuk menunjuk2 sudah la...

2.aku ada PERSIS dari 18-26 ni... aku x dpt info pasal program lagi... tapi paling penting aku nak pergi! yeah!

3.aku nak kerja lepas pergi PERSIS... dapat ke kerja kalau nak kerja 2 bulan je? haish~

Thursday, April 28, 2011

Kisah Doktor dan Pesakit.


ada seorang mamat ni berjumpa doktor... setelah berjumpa dengan doktor, doktor membekalkan ubat serta surat prescription tentang apa yang perlu dibuat untuk pulih dari penyakit yang dialaminya...

untuk dijadikan cerita, mamat ni pekak atau ape ntah... dia menyalin dan menulis semula apa yang terkandung dalam surat prescription itu dan kemudian gantungkannya di dinding rumahnya dengan harapan ia akan menyembuhkan penyakitnya.

tidak cukup itu sahaja, dia lipat surat itu dan seterusnya dipasang dengan tali untuk dijadikan rantai untuk dipakainya dengan harapan bahawa ia akan menyembuhkan penyakitnya...

seterusnya dia menghafaz surat itu dan dibaca berulang kali dengan harapan akan sembuh penyakitnya...

seterusnya dapat idea untuk menulis lagu selepas mendapat ilham... dia menjadi artis popular youtube dengan menyanyikan lagu seperti 'Lagu Demam', "Lagu Sakit Kepala' dan lain-lain lagu hits.

Persoalannya, adakah mamat tu akan sembuh dari penyakitnya dengan cepat?

mengapa tidak mahu mengikut nasihat doktor yang telah lama belajar tentang badan manusia, tentang bagaimana each organ in human work, yang lebih faham selok belok badan manusia daripada pelajar engineer yang faham pasal kereta, electic circuit, computer language, chemical compound of a substances dan tahu design bangunan.

mengapa tidak percaya yang doktor lebih memahami badan manusia lebih dari pelajar bisness and management, pelajar bioscience, dan budak yang kerja kat workshop kereta...

MENGAPA?

so, betul la teka teki
nasi apa yang susah dimakan itu?jawapannya kat nota mirull~

Tuhan yang menciptakan manusia. Allah lebih tahu malah sangat arif tentang manusia dari fizikal sampai apa yang berada dalam hati...
adakah kamu tidak percaya pada kata2Nya (al-Quran)?

kata2Nya (al-Quran)...
adakah untuk dibaca atau dilagukan supaya dapat menjadi sekadar halwa telinga?
adakah untuk dihafaz tanpa difahami dan diamalkan?
adakah untuk digantung di dalam rumah sebagai perhiasan?
adakah untuk dijadikan tangkal sebagai perlindungan dari malapetaka?
adakah untuk diletakkan dirumah sebagai penghalau hantu?
adakah itu ... dan ini...

TIDAK!!!

al-Quran bukanlah diturunkan untuk itu semua... semua itu hanyalah sampingan sahaja...

al-Quran untuk membaiki umat manusia
membaiki akhlak manusia yang sudah banyak terpesong...
mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya...
seterusnya menjadi rahmat sekalian alam sekiranya each of us membawa panji-panji agama Allah ini...
untuk merealisasikan ustaziatul alam dimana keindahan islam dapat dilihat secara terang2an.

nota mirull:
1. cerita diatas hanya rekaan semata-mata.
2. jawapan teka teki: nasihat~
3. post ni ditujukan general tapi mostly untuk diri sendiri yang berlumba nak khatamkan al-Quran tanpa melihat dan merenung maksud dan pengajaran dari al-Quran.
4. coursework tinggal lagi satu... YAY... RTS RTS RTS RTS RTS
5. exam nak dekat... jadi tak boleh balik study week nih...
6. study study study study study study study study study study study
6. lepas beberapa coursework dalam seminggu... kepala terus sewel... ^*$%*$*%$^$#

Monday, April 4, 2011

Kisah Aku, Seorang Kawan dan Minah Korea~

selepas bertanya tentang KIN Festival, aku diinterview oleh seorang minah korea pure (bukan korea celup)... dia mahu membuat survey tentang happiness... dalam pada masa yang sama seorang kawan aku pun turut sama menggatal mahu diinterview oleh minah korea tersebut... cantik kata kawanku... aku pun ditemu ramah...


Soalan 1: What is your greatest happiness that have you achieve in your life?

aku sebenarnya nak jawab:
my greatest happiness is when I realise that I have the greatest gift that not all have it, that is Islam... and I realise that the Creator love me... He always send his message to me, but I kept ignore it until the time that I realise that He really loves me... I always disobey Him, but He kept giving me good grades, great parents, comfortable home and many more ni'mat. then I realise that He really love me...
Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda:"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]

tapi disebabkan dia bukan islam aku hanya menjawab:
my greatest happiness is when I receive gift from special someone such as my parents and best friends... and getting good grades with all my friends beside me... bla bla bla

Soalan 2: Who make you happy?

sebenarnya aku nak jawab:
Allah always give happiness to me after an obstacle... to attain happiness is by having grief, therefore we can appreciate happiness more...
Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars.
(Surah al Ankabut ayat 2-3)
ukhwah fillah makes me happy... I care for them, and they care for me...
On the authority of Anas bin Malik, the servant of the messenger of Allah, that the prophet said :

"None of you [truely] believes until he wishes for his brother what he wishes for himself."

[Bukhari and Muslim]
tapi sebaliknya aku menjawab:
all people around me makes me happy... they bring colours to my life... they make me happy with their joke and bla bla bla

Soalan 3: What do you do to make you happy?

sebenarnya aku nak jawab camni:
I always try to be happy by playing games and other activities that is wasting my time... but then I realise that by wasting my time for some nonsense thing did not make me any better... I just feel happy for a limited time... I know that there is other things that can make me happy for a long lasting forever unlimited time... that is the paradise... but paradise is way too expensive... thats why I always cuba-try-test to do everything and anything to achieve that... by do more good deeds, amar makruf nahi munkar and other that is mention in Al-Quran and As-Sunnah...

jawapan aku:
I play PSP to ease my stress... I play sports with my friends in order to stay fit and be happy... bla bla bla

Soalan 4:Give me an example of a happy person.

jawapan aku dalam hati:
those who fight for what they believe(Islam), they know how great Allah's paradise, and how awful that is Allah's An- Naar (Hell)... then they die to protect what they believe... that is the greatest example...

untuk soalan ni aku pass sebab aku rasa xde orang berjaya mencapai tahap yang aku rasa kerana aku nampak ramai kalangan umat Islam yang takut mati untuk memperjuangkan agama suci ini...

Soalan 5:Do you think you're a happy person?

aku describe diri ini:
I'm always unhappy because the amal I did is too small compare to what Allah had given me... there are sooooooooooooo many ni'mat that I have used to disobey Him... shame on me... shame on me... shame on me... but I'm still a bit happy because I still know Allah, I still in Islam... as long as I walk in this straight path... I'm gonna be happy(a bit of happiness)...

tapi aku cakap:
my friend says that I am a cheerful person... and bla bla bla...

Soalan 6:Describe yourself after 10 years.

dalam hati:
I don't know what will happen to me in 10 years from now... maybe I'm dead or still alive...
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati.
I'm from my creator and to Him I will go back... Just hoping to die in husnul khatimah... not in su'ul khatimah~

aku jawab:
maybe I have a job, a family, a house, a car, a stabilize finance and bla bla bla...


selepas aku dan kawanku ditemu ramah, aku berkenalan dengan minah korea... kami rasa berada di syurga sekejap... bidadari depan mata bhai! haha

Secara konklusinya, carilah "happiness" yang sejati... mencari keredhaan-Nya~

wallahua'lam~

Nota Mirull:
1.report MATLAB x siap lagi.... habis la aku~
2.kawanku ni tetiba semangat nak belajar bahasa korea lak... hahaha... pelawok pelawok pelawok
3.semoga awek2 korea ini diberi hidayah... amin~

Friday, March 4, 2011

6 perkara dalam 6 perkara

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
hendaklah sentiasa istiqamah melakukan ibadat pada setiap masa kerana boleh jadi amalan kita yang sedikit itu mendapat keredhaan Allah...

2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
kurangkan melakukan dosa kecil dan x melakukan dosa besar... that's the gameplan to live in this world...

3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
banyakkan baca quran untuk mengenal Allah... kuatkan akidah dan keimanan kepada Allah... itu yang akan ditanya first sekali di akhirat...

4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
dalam 1 bulan terdapat 1 hari yang menyamai 1000 bulan... berlumba-lumbalah kamu mengejarnya... usah mengejar kuantiti... tapi usahakanlah kualiti...

5.Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
cukupkanlah solat lima waktumu... kerana ianya perkara wajib...

6.Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.
tak tahu bila kiamat samada kiamat kecil(kematian) mahupun kiamat besar(hari kehancuran) akan berlaku... bersedialah kamu... nak jadi orang yang penuh penyesalan atau penuh kegembiraan yang teramat sangat? pilihan korang... (baca juz 30)

wallahua'lam

nota mirul 1: beberapa kali mencuba untuk menjadikan hobi mirull untuk menbaca novel... tapi sentiasa x berjaya... hobi yang sentiasa melekat ialah baca al-furqan je... sentiasa nak khatamkan quran bersama maksudnya...hasrah x pernah tercapai... xpe la novel2 ku sayang... cuba lagi tau...

Tuesday, February 22, 2011

Penyakit yg sering dihadapi manusia...

Assalamualaikum

just a simple update... kadang2 nasihat yg sikit senang melekat kat kepala...

sakit salah satu ujian kepada manusia... sejauh mana hamba-Nya mahu ingat kepada-Nya...

ada 3 jenis penyakit yang selalu meyerang manusia...

1-sakit yang boleh diukur menggunakan perkakas atau alatan yang dicipta oleh manusia (engineers especially...) seperti demam, SARS, selesema burung, dan lain2...


2-sakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi wujud dalam perasaan... penyakit ini dapat dilihat apabila perasaannya sudah capai tahap maksimum (stress)... contohnya sakit hati, makan hati, tawar hati, ambil hati, panas hati dan sebagainya...

3-sakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar... penyakit ini wujud secara sendiri berdasarkan sifat dan penampilan seseorang... penyakit ini dibentuk sejak kecil... penyakit ini ada kaitan dengan nilai kehidupan atau nilai kemanusiaan... penyakit jenis ini tidak membawa maut mahupun berjangkit... namun ianya memberi perasaan menyesal yang teramat sangat di akhirat kelak... penyakit ini menghantui semua manusia... namun manusia tidak sedar akan penyakit itu kerana manusia hanya menkaji perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar... penyakit ini banyak merosakkan umat Islam pada akhir zaman ini... namun penyakit ini kebanyakannya hanyalah antara seorang manusia dengan Allah... contohnya seperti berikut:

a)Penyakit bicara adalah berbohong

b)Penyakit ilmu adalah lupa

c)Penyakit ibadah adalah riak

d)Penyakit berani adalah agresif

e)Penyakit cantik adalah sombong

f)Penyakit bangsawan adalah bangga

g)Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri

h)Penyakit malu adalah lemah

i)Penyakit mulia adalah menonjolkan diri

j)Penyakit kaya adalah kedekut

k)Penyakit pemurah ialah menyebut-nyebut pemberiannya

l)Penyakit agama adalah hawa nafsu

An-Nu’man bin Basyir berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhari)
repair kereta boleh, takkan repair hati tak boleh?

wallahua'lam~

nota sang penulis: tahniah kepada KISAS kerana berjaya merangkul sbp terbaik 3 kali berturut2 untuk stpm... semoga berjaya untuk terus menaikkan nama Islam melalui keputusan korang yang cemerlang disamping kekangan waktu dan program yang padat disana~

Monday, January 17, 2011

Saya Pelajar UNMC

Assalamualaikum...

ternampak tawaran kat satu blog.. aku terus tulis post ni...



sekarang musim exam... last paper on 19 Jan 2010... lepas tu MERDEKA!!! hehe

Sekarang belajar di University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) mengambil kursus Electric and Electronic Engineering... Masuk UNMC Julai 2009 untuk program foundation UNMC... dan sekarang kat hujung semester 1... dijangka akan tamat pengajian bulan Mei 2014... Insya'Allah dengan izin Allah...

UNMC dr pintu depan


Di UNMC, pelajar Malaysia boleh dikatakan sikit... kalau datang sini... korang akan rasa korang kat oversea... bahasa perantaraan kat sini mostly English... kan bagus kalau semua pelajar asing diwajibkan belajar Bahasa Malaysia kalau nak belajar di Malaysia... senang sikit nak cakap ngan diorang... aku dah la x power speaking... kalau try pun bersepah English aku... broken habis...

Pengalaman pahit yang x dapat aku lupakan ialah apabila jatuh motosikal selepas melanggar satu lubang besar dalam perjalanan ke kedai mamak... first time bawak pagi2 buta, first time jatuh moto... nasib baik x de yg patah...sweater koyak ngan seluar jeans... dah la aku ade satu je seluar jeans... kawan2 aku yang byk bantu aku... hantar aku pergi klinik... thnx korang yg sudi jd kawan aku dan sanggup tolong aku... (T.T) time final week lecture lak tu... dah la tak pernah miss lecture... so, lepas eksiden ter"paksa"lah tak datang lecture... haha

Pengalaman Manis pula bersama kawan2... disebabkan UNMC ni agak free untuk keluar... so merata la kitorang berjalan melihat ciptaan Illahi dan ragam manusia~


daki broga... tinggi tau broga nih... hahaha

ragam kawan masa study...

study kat library

sambut birthday nazmi kat Alamanda


kelas komputer... blaja javascripting...

kat kelantan bersama ikhwah...

projek PCB first year...


jambatan kat pekan broga

study+tidur=studur


kalau nak join blogger pelajar Universiti Swasta... daftar kat sini...

seterusnya nak kongsi ayat Al-Quran...

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
(Surah Al-Hadid ayat 20)
kita dijadikan oleh Allah untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh-Nya seperti dalam Al-Quran... iaitu untuk beribadah kepada Allah dan Khalifah di muka bumi... di musim peperiksaan ini, janganlah kita fokuskan study sampai terlupa matlamat kita untuk mengejar keredhaan Allah dan mendapat syurga... semua mahu syurga, tapi macam mana usaha kita untuk mendapatkannya... adakah sebab syurga ini tidak kelihatan menyebabkan kita tidak bersungguh-sungguh... adakah kamu mahu pahala dibalas dengan matawang di dunia... kadang-kadang apa yang kita tak nampak itu lagi best ganjarannya~

Wallahua'lam

Thursday, December 2, 2010

Kalimat yang Baik dan Buruk.

Bismillahirrahmanirrahim...

terbaca beberapa ayat time tilawah hari tu...

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ
Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

(Surah Ibrahim:24-26)
Kalimat Yang Baik

berdasarkan ayat 24 dan 25... Allah menyuruh hamba-hambanya menyampaikan kalimat yang baik... "kalimat yang baik" ialah kalimat tauhid, segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat tauhid seperti "laa ilaa ha illallaah")... sebagai contoh...

Situasi:mengejutkan kawan untuk bangun subuh...
Masa:lewat waktu subuh...
Tempat:bilik tidur yang nyaman...

A membuka lampu lantas bermulalah scene mengejut subuh...
A:S... bangun la... dah subuh ni... D... oh! D.... bangun... nak dekat pukul 7 nih...
S:jap2(sambil menarik kembali selimutnya)
D:ye... nanti aku bangun...
A:cepatlah bangun...
keadaan sunyi... kedengaran suara A mengalunkan ayat al-Quran...
S masih dalam pelukan bantal peluknya dan D bangun... dengan lemah longlainya ke bilik air untuk mengambil wuduk...

situasi ini menunjukkan apabila kita diseru dengan kalimat yang baik... mereka melengah-lengahkan masa untuk menyahut seruan itu...

pohon yang sihat... akar yang kuat serta tegak melangit... ditambah dengan buah pada setiap musim... itulah ibaratnya kalimat yang baik...

Allah membuat perumpamaan untuk mengingatkan manusia... sbg contoh... kalau seorang manusia diingatkan secara direct... kadang-kadang mereka mengendahkan peringatan yang diberikan... pada masa itulah kita perlu gunakan kaedah memberi peringatan yang lain seperti memberi perumpamaan...

Allah memperingatkan manusia dengan sifat al-Alim (Yang Maha Mengetahui)... kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terkandung dalam hati hambanya...

Kalimat Yang Buruk

berdasarkan ayat 26 pula..."kalimat yang buruk" ialah kalimat kufur, syirik, segala perkataan yang tidak benar dan perbuatan yang tidak baik (ajakan kearah kemungkaran)... sebagai contoh...

Situasi: mengejut orang untuk bangun asar
Masa: sekitar waktu asar
Tempat: ruang tamu
A baru balik dari kuliah... M sedang tidur... mulut ternganga... lalat mengelilingi mulut M... A menghalau lalat itu (scene lalat ini ditokok tambah... harap maklum...)
A: hoi M... bangun la... dah solat asar... dah pukul 6 dah ni...
M:ermmmm... jap... jap... (sambil mengiring ke kanan)

lantas J datang dari dapur... ingin membincangkan isu peserta survivor yang terpaksa bogel untuk menjalani pertandingan itu... pakcik google ditanya...
J:uish... betulla... kesian diorang kena bogel... ade yang menarik diri sebab x sanggup bogel... tengok dia ni... telanjang (padahal di screen hanya ditayangkan gambar peserta lelaki yang memakai boxer sedang berlari...)... hoi M.. meh la tengok ni...
dalam sekelip mata si M sudah berada di sebelah kami semua...
kami semua ketawa...

lihat... apabila diseru dengan kalimat yang buruk... mereka segera mengejar tanpa melengah-lengahkan masa walau sesaat... keadaan ini amatlah terbalik...

apa yang ada pada pohon yang sudah dicabut akarnya? sudah tidak ada harapan untuk kembali seperti sediakala apatah lagi untuk kembali tegak... apa yang kita dapat dari pohon seperti ini? tiada hasil... bukankah begitu? kalau tak mampu pulih dan tegak masakan pula mengeluarkan buah... tapi persoalannya mengapa kita mengejar perkara itu?

jika dibandingkan dengan pohon yang sihat... akar yang kuat serta tegak melangit... malahan lebat dengan buah... bukankah itu yang sepatutnya kita kejar?

elak mengumpat, mencela dan lain-lain kalimat yang buruk... kerana semua ini tidak memberi sebarang kebaikan kepada diri manusia malah menambah pelaburan dalam neraka...

tepuk dada tanya iman... jika iman lemah hanyutlah iman dalam nafsu...

(amaran!! label huruf A,D,S dan J mewakili nama... nama tersebut merupakan rekaan semata-mata...)

Wallahua'lam

ps1: masih dalam mode repair hardware dan software diri... susah betul!
ps2:progress test dah habis... math test pun dah habis... sekarang ni masa nak study pulak... tetiba homework circuit pulak muncul... hohohoi~(gaya m daud kilau)
ps3:PSP dah direpair... kena pndai bahagi masa untuk main... x boleh lalai nih... kang nanti solat kemana study kemana...
ps4:usrah minggu lepas direfreshkan dengan 10 muwasafat tarbiah... dah nak terdelete dari minda dah... nasib baik ade orang ingatkan... begitu lah kepentingan usrah kepada diriku... mengingatkanku supaya tidak melalui jalan selain dari jalanNya...