Showing posts with label kehidupan uni. Show all posts
Showing posts with label kehidupan uni. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Kisah Aku, Seorang Kawan dan Minah Korea~

selepas bertanya tentang KIN Festival, aku diinterview oleh seorang minah korea pure (bukan korea celup)... dia mahu membuat survey tentang happiness... dalam pada masa yang sama seorang kawan aku pun turut sama menggatal mahu diinterview oleh minah korea tersebut... cantik kata kawanku... aku pun ditemu ramah...


Soalan 1: What is your greatest happiness that have you achieve in your life?

aku sebenarnya nak jawab:
my greatest happiness is when I realise that I have the greatest gift that not all have it, that is Islam... and I realise that the Creator love me... He always send his message to me, but I kept ignore it until the time that I realise that He really loves me... I always disobey Him, but He kept giving me good grades, great parents, comfortable home and many more ni'mat. then I realise that He really love me...
Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda:"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]

tapi disebabkan dia bukan islam aku hanya menjawab:
my greatest happiness is when I receive gift from special someone such as my parents and best friends... and getting good grades with all my friends beside me... bla bla bla

Soalan 2: Who make you happy?

sebenarnya aku nak jawab:
Allah always give happiness to me after an obstacle... to attain happiness is by having grief, therefore we can appreciate happiness more...
Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars.
(Surah al Ankabut ayat 2-3)
ukhwah fillah makes me happy... I care for them, and they care for me...
On the authority of Anas bin Malik, the servant of the messenger of Allah, that the prophet said :

"None of you [truely] believes until he wishes for his brother what he wishes for himself."

[Bukhari and Muslim]
tapi sebaliknya aku menjawab:
all people around me makes me happy... they bring colours to my life... they make me happy with their joke and bla bla bla

Soalan 3: What do you do to make you happy?

sebenarnya aku nak jawab camni:
I always try to be happy by playing games and other activities that is wasting my time... but then I realise that by wasting my time for some nonsense thing did not make me any better... I just feel happy for a limited time... I know that there is other things that can make me happy for a long lasting forever unlimited time... that is the paradise... but paradise is way too expensive... thats why I always cuba-try-test to do everything and anything to achieve that... by do more good deeds, amar makruf nahi munkar and other that is mention in Al-Quran and As-Sunnah...

jawapan aku:
I play PSP to ease my stress... I play sports with my friends in order to stay fit and be happy... bla bla bla

Soalan 4:Give me an example of a happy person.

jawapan aku dalam hati:
those who fight for what they believe(Islam), they know how great Allah's paradise, and how awful that is Allah's An- Naar (Hell)... then they die to protect what they believe... that is the greatest example...

untuk soalan ni aku pass sebab aku rasa xde orang berjaya mencapai tahap yang aku rasa kerana aku nampak ramai kalangan umat Islam yang takut mati untuk memperjuangkan agama suci ini...

Soalan 5:Do you think you're a happy person?

aku describe diri ini:
I'm always unhappy because the amal I did is too small compare to what Allah had given me... there are sooooooooooooo many ni'mat that I have used to disobey Him... shame on me... shame on me... shame on me... but I'm still a bit happy because I still know Allah, I still in Islam... as long as I walk in this straight path... I'm gonna be happy(a bit of happiness)...

tapi aku cakap:
my friend says that I am a cheerful person... and bla bla bla...

Soalan 6:Describe yourself after 10 years.

dalam hati:
I don't know what will happen to me in 10 years from now... maybe I'm dead or still alive...
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati.
I'm from my creator and to Him I will go back... Just hoping to die in husnul khatimah... not in su'ul khatimah~

aku jawab:
maybe I have a job, a family, a house, a car, a stabilize finance and bla bla bla...


selepas aku dan kawanku ditemu ramah, aku berkenalan dengan minah korea... kami rasa berada di syurga sekejap... bidadari depan mata bhai! haha

Secara konklusinya, carilah "happiness" yang sejati... mencari keredhaan-Nya~

wallahua'lam~

Nota Mirull:
1.report MATLAB x siap lagi.... habis la aku~
2.kawanku ni tetiba semangat nak belajar bahasa korea lak... hahaha... pelawok pelawok pelawok
3.semoga awek2 korea ini diberi hidayah... amin~

Sunday, March 27, 2011

Bunkasai dan Daurah~

Assalamualaikum...

weekend lepas agak busy... sepatutnya time cuti la rilek kan? tapi aku gatal-gatal apply jadi volunteer Bunkasai Festival...jumaat malam sabtu ada perjumpaan untuk volunteer... untuk buat preparation... aku apply untuk food section...

kenapa pilih food section? for several reason actually... tak kan seronok-seronok je pilih... setiap pilihan itu trial and error... untuk setiap pilihan perlu didasari dengan pengetahuan... dan pilihan itu perlu sampai kepada objektif hidup itu sendiri... ibadah kepada Allah... berikut adalah sebab aku pilih food section:
1) berjuang untuk menyediakan makanan halal kepada pengunjung muslim...
2) sebab mirull boleh masak... (tapi tak la pandai sangat… hehe)

malam tu just prepare barang je... so kerja aku hanya memotong... aku dedicated dalam kerja aku so aku pun buat dengan sungguh-sungguh... aku diam je sebab most of them Chinese yang cakap dalam bahasa yang aku tak faham… Cuma Afiq-kun je can communicate well with them sebab Afiq-kun can speak in several languages such as Mandarin ,Japanese and Korean… aku agak jealous dgn kebolehan Afiq-kun… dan keazaman untuk belajar bahasa semakin tinggi…. Aku diam juga sebab kat situ banyak juga amoi yang turut tolong… aku rasa agak malu sedikit (kononyela… ngehehehe). Aku diam dan byk buat kerja… setiap bahan aku potong dengan penuh gaya,mutu dan keunggulan(macam tagline rokok pulak~).

Untuk dijadikan cerita, semasa potong aku accidentally tersasar kena jari pulak…. Adoiiiii! Aku jerit akibat reflex diriku… semua tersentak dan meluru kearahku bertanyakan keadaan aku (mostly amoi yg datang…). Aku agak malu sikit… actually luka tak teruk pun… gimik je jerit kuat-kuat… hehe kuku je tercalar… “habis manicure you… rosak habis”,Afiq-kun secara spontan dengan lawak pondan dia… aku habiskan sampai pukul 1 a.m.

Keesokannya pula, aku bangun agak awal dari lebih kurang pukul 5… yela… nak mandi lagi, nak mekap la, itu la ini la (dah terpengaruh ngan Afiq-kun). lepas solat aku terus pergi uni untuk uruskan benda kejadah tu… disebabkan aku boleh masak, aku ditugaskan untuk masak yakisoba(mee goreng versi jepun) dan satu lagi ape ntah namanya tapi yakisoba makan ngan roti… resepinya diberikan kepadaku… aku mana la tahu masak makanan jepun, makanan melayu ngan western tu pandaila sikit… jadi, ini satu eksperimen ke atas japanese cuisine~

lepas pindah barang dengan jayanya… aku pun mula masak… start masak lambat… haish~ management kena improve ni… aku masak yakisoba straight dari kol 10.30 pagi sampai kol 1.15 petang… first time aku masak untuk jual… sebelum ni masak kat rumah untuk makan ngan family atau kawan je… aku amik rehat jap time peak hour… dengan alasan nak solat… muahahaha… lepas solat aku lari jap pergi tgk movie goemon smpai habis pastu pergi admin building pergi enjoy… kat admin building ade maid and butler café, cosplayer ngan macam-macam lagi… sempat tangkap gambar ngan beberapa cosplayer…

anime ape ntah... aku bedal je amik gambar
sorang dari anime Bleach sorang lg ntah...
aku ngan ntah la sape ni

aku ngan character ape ntah dalam Bleach

Lepas tangkap gambar, aku tunggu konsert jap… semasa tunggu tu… adela beberapa orang dari food section minta tolong… aku minta excuse jap… pukul 3.35 petang baru start konsert j-pop … aku tak tahan duduk lama kat dalam tu… bising sangat… start je lagu kedua aku terus blah… sambung kerja sampai pukul 4.50 petang… pastu pergi solat jap… henpon bergetar… ade mesej…. Dari Assroul… bertolak ke Daurah pukul 6.15 petang… lepas kemas-kemas barang… aku pun balik rumah untuk bersiap ke daurah…

Lepas berlagha kat Bunkasai, kita mensucikan hati-hati kita dengan ilmu syariat pulak…

Assroul, Abdullah, Afiq-kun, Lutfi ngan Faiz sudah sampai kat Islamic Centre… lepas bincang-bincang semua, kitorang bertolak… sampai lebih kurang maghrib gak… lepas solat maghrib ada taaruf sikit pastu makan dalam dulang… lepas solat isya’muhadharah pun start… bertajuk Penyakit Hati:Cinta Pangkat… nak cerita semua panjang… insya’Allah dalam post lain akan dikongsikan~

Lepas habis je muhadharah, kami diminta tidur awal... memang itu yang aku tunggu… dah la penat dan mengantuk… memang nyenyak la tido… sebarang dengkuran aku x dengar langsung… Lutfi dan Faiz dah tak boleh tidur akibat orchestra of dengkur yang sangat asyik… nasib korang la… hahaha

Surah Al-Muzammil dialunkan tanda masa untuk bangun Qiam… Lepas Qiam dan Solat Subuh, pergi makan jap… pukul 8.30, daurah pun bermula yang bertajuk Hadis Ghulam… hadis ni sangat panjang… oleh itu, Daurah ni akan disambung bulan depan… huhu

rehat masa daurah dengan tidur
Lutfi, Faiz ngan Afiq-kun
ikhwah sebelah kanan~

ikhwah sebelah kiri~

dari dua event ini dapat aku lihat aktiviti manusia...

1)yang mana masih tidak sedar dari realiti kehidupan bahawa dunia ini sekejap...

2) yang sudah sedar hakikat sebenar tapi sedang berjalan perlahan-lahan belajar mengenai ilmu yang membolehkan seseorang mendapat syafaat di akhirat kelak... insya'Allah

Nota Mirull:

1-Minggu ni ada progress test la pulak… haishh… kena jadi extra hardwork…

2-lagi 2 juzuk~

Monday, February 7, 2011

Sem Baru!

Assalamualaikum...

cuti sudah habis... tiba masanya untuk kembali ke uni! (yay?) sebenarnya aku tak suka duduk kat rumah... bukan tak suka jumpa parents... tapi sebab iman drive akan slow kat rumah... makanan sedap mak masak... nak puasa pun susah... tak tahan godaan makanan... haishhh~ pastu surau punya la dekat dihati... maghrib pun malas nak pegi... terima kasih kepada drama melayu tiramisu... maksurat jgn cerita la... memang tak la... sukan pula hanyalah berbekalkan kehandalan jari mengendalikan Play Station Portable... memang aku sentiasa sihat lah katakan...

sem 2 First Year menyambut ku dengan tangan terbuka terutama universiti (yela... dah aku ni sumber pendapatan universiti la katakan... haha)... kali ni bapaku suruh bawa kereta wira yang baru dibaiki akibat x start enjin 6 bulan... peluang ini aku grab (gaya zizan raja lawak)... boleh memudahkan perjalanan ku ke uni...

kelas first aku boleh dikira insya'Allah boleh skor... dengan penyampaian yg mudah difahami... namun... kelas kedua agak menghampakan... penyampaian yg bagus dr segi point tapi lack satu benda... slang english dia... certain word yang dia cakap aku tak faham... berkali-kali aku recall perkataan apa yg dia cakap... by the end of class baru tahu word apa dia cakap tadi... paling best sekali kalau dia cakap mesti kepala goyang sekali... fikiran nakalku membisikkan,"kalau pegang kepala dia , dia boleh cakap tak?".

pada aku lecturer camni ujian gak... ujian untuk menguji aku samada aku nak belajar atau main2... dalam sistem pembelajaran pun dah senaraikan objektif yang perlu kita capai... that means setiap benda ada tujuan atau reason... bukan untuk main2... main2 leads you no where~

dalam al-Quran pun dah tertulis lama dah...

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.
(Surah Al Anbiyaa';16)


ingat setiap benda ada tujuan... renung diri sendiri... adakah diri telah diusahakan kearah tujuan itu?

wallahua'lam

ps:harap nya azam sem ni boleh berjaya... semoga dipermudahkan jalan menuju puncak kejayaan yang hakiki~
I need that revolve to persevere
-Squall Leonhart in Dissidia Final Fantasy-

Thursday, January 20, 2011

Tawakkal, Redha dan Bersyukur~

Assalamualaikum

Exam dah habis... seterus nya review paper exam...

Circuits and Fields 1
exam pembukaan menandakan sem 1 akan berakhir tidak lama lagi... This is Simpel (Amin Malek,2010)... seperti apa yang lecturer aku cadangkan subjek ini memang "senang"... tak cukup nafas aku menjawab soalan yang "senang" seperti yang dikatakan oleh lecturer yang ku sayangi ini(dengan tangan di dada dan mata pandang ke atas)... aku keluar exam hall seperti orang kalah judi...

Computer Engineering
exam yang paling tak masuk akal... dah namanya computer engineering... kena la duduk depan komputer... secara tradisinya, subjek ni kalau final kat depan komputer... tahun ni lain pulak... semuanya atas paper... dah tu... terkial-kial aku jawab... ntah apa aku tulis atas kertas tu aku pun tak tahu... mungkin aku tertulis I LOVE SPONGEBOB atau pun I LOVE ************(nama awek yang tidak boleh didedahkan kepada sesiapa)... harap2 aku tak fail...

Electronics Engineering
paling cuak menjawabnya... sampai je kat exam venue... terlupa satu benda... ALAMAK! BEKAS PENSIL AKU! alhamdulillah ada kawan2 aku yang membantu aku... pensel dan pen aku buat bekal untuk menulis semasa test... kalkulator pulak tak ade... untuk soalan binary code decimal dan pelajaran yang sewaktu dengannya, aku jawab guna kepala-lator sahaja... walaupun tak boleh check jawapannya... aku gamble saja kerana insya'Allah, apa yang aku belajar ikhlas (atleast for this subject)...

Engineering Mathematics 1
soalan yang average... tak susah tapi tak cukup masa... still perlu improvement dalam menangani isu menyusun waktu dengan efektif... hope to get above 60%...

Communication Engineering
soalan noise memang memberi impak yang mendalam terhadap diri ini... formula yang dihafal telah berterabur dek kerana rakus menjawab soalan LTI System dan soalan definisi... terutama noise... kalau ditanya apakah itu noise... seriusly... aku boleh jawab dengan jujur... tapi usah ditanya SNR, Noise Factor mahupun Noise Figure, nescaya aku tidak akan tidur malam... Noise umpama nightmare...

Based on these situation, inilah keadaan aku setiap kali exam... aku tawakal dan redha je... "Tawakal je bro",kata seorang kawan aku yang tidak mahu namanya disiarkan dimana-mana media elektronik... "betul cakap kau",balas aku singkat...

Konsep Tawakal
Usaha + Menyerahkan hasil pada Allah = Tawakal

tawakal... semua orang islam yang belajar di Malaysia tahu tentang perkara ini... tapi tak banyak yang tahu mengamalkannya...

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."
(Surah At-Taubah;ayat 51)

Allah yang menentukan... Allah Maha Mengetahui tentang apa yang akan berlaku pada kita... kita sebagai hamba-Nya haruslah redha dengan apa yang telah diberikan... Ibarat sebuah robot yang dicipta oleh seorang saintis A... Robot itu dicipta dengan hebat... boleh berfikir secara rasional dan boleh menentukan apa yang dikehendakinya... jika robot itu meminta bateri badannya ditambah kuasa... adakah saintis A akan menambahkan kuasa pada baterinya... hanya saintis A sahaja yang tahu kesan jika ditambah kuasa pada robotnya... mungkin certain wayar akan terbakar, short circuit, reset, atau kemungkinan x mungkin akan berfungsi...


Begitu juga dengan manusia... Jika manusia itu mendapat apa yang diingininya... mungkin ada consequences yang menyebabkan dia terpesong dari jalan sebenar yakni jalan menuju Allah...

Sesungguhnya telah banyak nikmat dan rahmat yang telah manusia kecapi sebenarnya... makanan, minuman, pakaian, ibubapa, pancaindera, dan macam2 lagi... korang semua tahu kan... syukur dengan apa yang diberi-Nya... belajar menjadi makhluk yang bersyukur... x salah kn?

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
(Al-Baqarah; ayat 172)



Wallahua'lam

p/s: semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik untuk aku... jika dengan mendapat percentage tinggi aku akan lupa pada-Mu... aku lebih rela gagal di dunia dari gagal di akhirat kelak~