Sunday, March 27, 2011

Bunkasai dan Daurah~

Assalamualaikum...

weekend lepas agak busy... sepatutnya time cuti la rilek kan? tapi aku gatal-gatal apply jadi volunteer Bunkasai Festival...jumaat malam sabtu ada perjumpaan untuk volunteer... untuk buat preparation... aku apply untuk food section...

kenapa pilih food section? for several reason actually... tak kan seronok-seronok je pilih... setiap pilihan itu trial and error... untuk setiap pilihan perlu didasari dengan pengetahuan... dan pilihan itu perlu sampai kepada objektif hidup itu sendiri... ibadah kepada Allah... berikut adalah sebab aku pilih food section:
1) berjuang untuk menyediakan makanan halal kepada pengunjung muslim...
2) sebab mirull boleh masak... (tapi tak la pandai sangat… hehe)

malam tu just prepare barang je... so kerja aku hanya memotong... aku dedicated dalam kerja aku so aku pun buat dengan sungguh-sungguh... aku diam je sebab most of them Chinese yang cakap dalam bahasa yang aku tak faham… Cuma Afiq-kun je can communicate well with them sebab Afiq-kun can speak in several languages such as Mandarin ,Japanese and Korean… aku agak jealous dgn kebolehan Afiq-kun… dan keazaman untuk belajar bahasa semakin tinggi…. Aku diam juga sebab kat situ banyak juga amoi yang turut tolong… aku rasa agak malu sedikit (kononyela… ngehehehe). Aku diam dan byk buat kerja… setiap bahan aku potong dengan penuh gaya,mutu dan keunggulan(macam tagline rokok pulak~).

Untuk dijadikan cerita, semasa potong aku accidentally tersasar kena jari pulak…. Adoiiiii! Aku jerit akibat reflex diriku… semua tersentak dan meluru kearahku bertanyakan keadaan aku (mostly amoi yg datang…). Aku agak malu sikit… actually luka tak teruk pun… gimik je jerit kuat-kuat… hehe kuku je tercalar… “habis manicure you… rosak habis”,Afiq-kun secara spontan dengan lawak pondan dia… aku habiskan sampai pukul 1 a.m.

Keesokannya pula, aku bangun agak awal dari lebih kurang pukul 5… yela… nak mandi lagi, nak mekap la, itu la ini la (dah terpengaruh ngan Afiq-kun). lepas solat aku terus pergi uni untuk uruskan benda kejadah tu… disebabkan aku boleh masak, aku ditugaskan untuk masak yakisoba(mee goreng versi jepun) dan satu lagi ape ntah namanya tapi yakisoba makan ngan roti… resepinya diberikan kepadaku… aku mana la tahu masak makanan jepun, makanan melayu ngan western tu pandaila sikit… jadi, ini satu eksperimen ke atas japanese cuisine~

lepas pindah barang dengan jayanya… aku pun mula masak… start masak lambat… haish~ management kena improve ni… aku masak yakisoba straight dari kol 10.30 pagi sampai kol 1.15 petang… first time aku masak untuk jual… sebelum ni masak kat rumah untuk makan ngan family atau kawan je… aku amik rehat jap time peak hour… dengan alasan nak solat… muahahaha… lepas solat aku lari jap pergi tgk movie goemon smpai habis pastu pergi admin building pergi enjoy… kat admin building ade maid and butler cafĂ©, cosplayer ngan macam-macam lagi… sempat tangkap gambar ngan beberapa cosplayer…

anime ape ntah... aku bedal je amik gambar
sorang dari anime Bleach sorang lg ntah...
aku ngan ntah la sape ni

aku ngan character ape ntah dalam Bleach

Lepas tangkap gambar, aku tunggu konsert jap… semasa tunggu tu… adela beberapa orang dari food section minta tolong… aku minta excuse jap… pukul 3.35 petang baru start konsert j-pop … aku tak tahan duduk lama kat dalam tu… bising sangat… start je lagu kedua aku terus blah… sambung kerja sampai pukul 4.50 petang… pastu pergi solat jap… henpon bergetar… ade mesej…. Dari Assroul… bertolak ke Daurah pukul 6.15 petang… lepas kemas-kemas barang… aku pun balik rumah untuk bersiap ke daurah…

Lepas berlagha kat Bunkasai, kita mensucikan hati-hati kita dengan ilmu syariat pulak…

Assroul, Abdullah, Afiq-kun, Lutfi ngan Faiz sudah sampai kat Islamic Centre… lepas bincang-bincang semua, kitorang bertolak… sampai lebih kurang maghrib gak… lepas solat maghrib ada taaruf sikit pastu makan dalam dulang… lepas solat isya’muhadharah pun start… bertajuk Penyakit Hati:Cinta Pangkat… nak cerita semua panjang… insya’Allah dalam post lain akan dikongsikan~

Lepas habis je muhadharah, kami diminta tidur awal... memang itu yang aku tunggu… dah la penat dan mengantuk… memang nyenyak la tido… sebarang dengkuran aku x dengar langsung… Lutfi dan Faiz dah tak boleh tidur akibat orchestra of dengkur yang sangat asyik… nasib korang la… hahaha

Surah Al-Muzammil dialunkan tanda masa untuk bangun Qiam… Lepas Qiam dan Solat Subuh, pergi makan jap… pukul 8.30, daurah pun bermula yang bertajuk Hadis Ghulam… hadis ni sangat panjang… oleh itu, Daurah ni akan disambung bulan depan… huhu

rehat masa daurah dengan tidur
Lutfi, Faiz ngan Afiq-kun
ikhwah sebelah kanan~

ikhwah sebelah kiri~

dari dua event ini dapat aku lihat aktiviti manusia...

1)yang mana masih tidak sedar dari realiti kehidupan bahawa dunia ini sekejap...

2) yang sudah sedar hakikat sebenar tapi sedang berjalan perlahan-lahan belajar mengenai ilmu yang membolehkan seseorang mendapat syafaat di akhirat kelak... insya'Allah

Nota Mirull:

1-Minggu ni ada progress test la pulak… haishh… kena jadi extra hardwork…

2-lagi 2 juzuk~

4 comments:

Syariful Bahri said...

daurah di pejabat jim serdang eh??

Mirull Ibnu Azman said...

yup~

TINA said...

Assalamualaikum

cantik gambar kat ats

Mirull Ibnu Azman said...

tq.. tgk kamera la
ps:kamera murah.. haha