Monday, March 21, 2011

Islam dan Kufr

Islam dan Kufr ibarat berjalan dalam gelap di jalur jalan yang lurus...

kita akan sentiasa kedepan tanpa tahu apa yang ada... kadang2 ada orang asing(Dajjal, syaitan, nafsu, etc) yang menggapai tangan kita dan memimpin kita ke jalan lain... dalam kegelapan kita hanya menerima apa saja pertolongan yang diberi...

sekiranya ada obor (ilmu pengetahuan), kita akan mudah untuk menyusuri jalan yang lurus ini dengan yakin (perbuatan)... kita juga dapat mengenal pasti siapa orang asing yang berada di tepi jalan yang sentiasa berusaha menyesatkan pengembara jalan lurus ini...

begitulah perbezaan antara muslim dan kafir...

muslim itu dengan pengetahuan dan perbuatan... muslim itu bukan dikenal melalui pakaian... bukan juga melalui keturunan yang Islam, mahupun di kalangan bangsa yang rata-rata menganut Islam...

perlu diingatkan sekali lagi... muslim itu dengan PENGETAHUAN dan PERBUATAN... x cukup kedua-dua ini x cukup...

orang yang pegetahuannya tentang Islam sama dengan orang kafir, adakah dia layak digelar Islam?

belajar di sekolah agama 5 tahun, lepas keluar sekolah, minum arak, zina, dan lain dosa menjadi perkara biasa, adakah dia layak digelar Islam?

tahu perkara itu haram, perkara itu wajib, lepas itu yang haram ditelan, yang wajib ditinggalkan, adakah layak dipanggil muslim?

tahu tentang utusan Allah yakni Muhammad S.A.W. keperluan untuk mengetahui tentang dirinya...serta kisah-kisah sahabat... tetapi artis yang diagung-agungkan... gosip artis barat, artis tempatan,artis korea dan artis lain cepat je tahu... adakah layak digolongkan dalam kelompok muslim?



post ini bukan untuk menghukum sesiapa... just untuk reflect on ourself... setakat mana Islam kita...

wallahua'lam

nota mirull: agak sibuk kebelakangan ni... subjek makin complicated... tambah ngan selesema lg... perghh... sakit kot~

1 comment:

Kak Sam said...

Tq mirull kerana saling ingat mengingati. Semoga kita tidak tergolong dalam orang2 yang alpa.