Wednesday, March 30, 2011

Kami Blogger Utagha

Assalamualaikum...

Hamba baru selesai kiranya menjadi sebahagian dari ahlinya Kami Blogger Utagha. Admin pun memintalah para sesiapa saja yang sudah menjadi ahli untuk berkalam tentang ia...

Maka bermulalah ceritanya~


Adapun sebuah ceritera. Tentang seorang manusia yang kini masih hidup kebarangkaliannya. Tentang seorang hamba yang mahu mengenali dunia (blogging). Kisah tentang asal usul diri Hamba. Nama hamba Merol Perkasa (nama klasik habis~).

Hamba berasal dari negeri hitam kuning putih yang kini bergelar Kerajaan Silver. Seingat hamba, dari kecil hingga sekarang berkampung di Utagha. 11 tahun hamba di Kerajaan Kedah. dan selebihnya di Kerajaan Silver hingga sekarang kini.

Sebermulanya hamba lahir ke dunia ini. Hanya bahasa utaghalah yang menjadi bahasa pertuturan hamba. Namun kini, pengembaraan hamba ke serata Tanah Malaya ini menyebabkan hamba menuturkan bahasa yang standard dikatakan.

Maka hendak dikatakan, hamba masih mempelajari ilmu hisab dan ilmu sihir (actually i mean engineering). Di negeri orang, di persempadanan negeri yang sembilan dan negeri selangor. Di tempat pengajian yang tidak ada rupanya sebagai tanah Melayu. Adapun ianya seperti tempat yang penuh gharib. Penuh dengan pelbagai negara kiranya. University of Nottingham Malaysia Campus tertera namanya.

Penulisan hamba tidak lain hanyalah madah hamba hidup di perantauan.

Akhir kalam~

wallahu'alam

nota mirull:
1-baru lepas tengok merong mahawangsa. mood pun ala2 mahawangsa...
2-sori la kalau x jadi bahasa klasik... hanya mencuba.

7 comments:

Jiji-Fify said...

cheq baru ja menjadi warga penang!! :D

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

dwaty said...

hai blogger utagha.... blogger borneo datang ni...

afifah said...

giler hebat bahasa klasik ko... barang tiada siapa yang boleh melawan.. haha

Sharky Fellack said...

saya pon blogger utagha ;) nice post brother ..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah...

thanks join group KBU....

tukar link eyh? patut la cari post tak jumpa hehe...

saya akan update link..

farahin :) said...

haha, balik ke zaman hang tuah la na.

hm, fara dr kedah .

jom meriahkan lg KBU :)

Amin Zaki said...

tudia aih, hehe.... bila oghang utara jumpa...
Amin Zaki orang Bukit Mertajam, Penang....
Salam Perkenalan.....

http://aminz88.blogspot.com/