Tuesday, February 22, 2011

Penyakit yg sering dihadapi manusia...

Assalamualaikum

just a simple update... kadang2 nasihat yg sikit senang melekat kat kepala...

sakit salah satu ujian kepada manusia... sejauh mana hamba-Nya mahu ingat kepada-Nya...

ada 3 jenis penyakit yang selalu meyerang manusia...

1-sakit yang boleh diukur menggunakan perkakas atau alatan yang dicipta oleh manusia (engineers especially...) seperti demam, SARS, selesema burung, dan lain2...


2-sakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi wujud dalam perasaan... penyakit ini dapat dilihat apabila perasaannya sudah capai tahap maksimum (stress)... contohnya sakit hati, makan hati, tawar hati, ambil hati, panas hati dan sebagainya...

3-sakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar... penyakit ini wujud secara sendiri berdasarkan sifat dan penampilan seseorang... penyakit ini dibentuk sejak kecil... penyakit ini ada kaitan dengan nilai kehidupan atau nilai kemanusiaan... penyakit jenis ini tidak membawa maut mahupun berjangkit... namun ianya memberi perasaan menyesal yang teramat sangat di akhirat kelak... penyakit ini menghantui semua manusia... namun manusia tidak sedar akan penyakit itu kerana manusia hanya menkaji perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar... penyakit ini banyak merosakkan umat Islam pada akhir zaman ini... namun penyakit ini kebanyakannya hanyalah antara seorang manusia dengan Allah... contohnya seperti berikut:

a)Penyakit bicara adalah berbohong

b)Penyakit ilmu adalah lupa

c)Penyakit ibadah adalah riak

d)Penyakit berani adalah agresif

e)Penyakit cantik adalah sombong

f)Penyakit bangsawan adalah bangga

g)Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri

h)Penyakit malu adalah lemah

i)Penyakit mulia adalah menonjolkan diri

j)Penyakit kaya adalah kedekut

k)Penyakit pemurah ialah menyebut-nyebut pemberiannya

l)Penyakit agama adalah hawa nafsu

An-Nu’man bin Basyir berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhari)
repair kereta boleh, takkan repair hati tak boleh?

wallahua'lam~

nota sang penulis: tahniah kepada KISAS kerana berjaya merangkul sbp terbaik 3 kali berturut2 untuk stpm... semoga berjaya untuk terus menaikkan nama Islam melalui keputusan korang yang cemerlang disamping kekangan waktu dan program yang padat disana~

1 comment:

Anonymous said...

tinggal jejak laa..:D