Thursday, January 20, 2011

Tawakkal, Redha dan Bersyukur~

Assalamualaikum

Exam dah habis... seterus nya review paper exam...

Circuits and Fields 1
exam pembukaan menandakan sem 1 akan berakhir tidak lama lagi... This is Simpel (Amin Malek,2010)... seperti apa yang lecturer aku cadangkan subjek ini memang "senang"... tak cukup nafas aku menjawab soalan yang "senang" seperti yang dikatakan oleh lecturer yang ku sayangi ini(dengan tangan di dada dan mata pandang ke atas)... aku keluar exam hall seperti orang kalah judi...

Computer Engineering
exam yang paling tak masuk akal... dah namanya computer engineering... kena la duduk depan komputer... secara tradisinya, subjek ni kalau final kat depan komputer... tahun ni lain pulak... semuanya atas paper... dah tu... terkial-kial aku jawab... ntah apa aku tulis atas kertas tu aku pun tak tahu... mungkin aku tertulis I LOVE SPONGEBOB atau pun I LOVE ************(nama awek yang tidak boleh didedahkan kepada sesiapa)... harap2 aku tak fail...

Electronics Engineering
paling cuak menjawabnya... sampai je kat exam venue... terlupa satu benda... ALAMAK! BEKAS PENSIL AKU! alhamdulillah ada kawan2 aku yang membantu aku... pensel dan pen aku buat bekal untuk menulis semasa test... kalkulator pulak tak ade... untuk soalan binary code decimal dan pelajaran yang sewaktu dengannya, aku jawab guna kepala-lator sahaja... walaupun tak boleh check jawapannya... aku gamble saja kerana insya'Allah, apa yang aku belajar ikhlas (atleast for this subject)...

Engineering Mathematics 1
soalan yang average... tak susah tapi tak cukup masa... still perlu improvement dalam menangani isu menyusun waktu dengan efektif... hope to get above 60%...

Communication Engineering
soalan noise memang memberi impak yang mendalam terhadap diri ini... formula yang dihafal telah berterabur dek kerana rakus menjawab soalan LTI System dan soalan definisi... terutama noise... kalau ditanya apakah itu noise... seriusly... aku boleh jawab dengan jujur... tapi usah ditanya SNR, Noise Factor mahupun Noise Figure, nescaya aku tidak akan tidur malam... Noise umpama nightmare...

Based on these situation, inilah keadaan aku setiap kali exam... aku tawakal dan redha je... "Tawakal je bro",kata seorang kawan aku yang tidak mahu namanya disiarkan dimana-mana media elektronik... "betul cakap kau",balas aku singkat...

Konsep Tawakal
Usaha + Menyerahkan hasil pada Allah = Tawakal

tawakal... semua orang islam yang belajar di Malaysia tahu tentang perkara ini... tapi tak banyak yang tahu mengamalkannya...

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."
(Surah At-Taubah;ayat 51)

Allah yang menentukan... Allah Maha Mengetahui tentang apa yang akan berlaku pada kita... kita sebagai hamba-Nya haruslah redha dengan apa yang telah diberikan... Ibarat sebuah robot yang dicipta oleh seorang saintis A... Robot itu dicipta dengan hebat... boleh berfikir secara rasional dan boleh menentukan apa yang dikehendakinya... jika robot itu meminta bateri badannya ditambah kuasa... adakah saintis A akan menambahkan kuasa pada baterinya... hanya saintis A sahaja yang tahu kesan jika ditambah kuasa pada robotnya... mungkin certain wayar akan terbakar, short circuit, reset, atau kemungkinan x mungkin akan berfungsi...


Begitu juga dengan manusia... Jika manusia itu mendapat apa yang diingininya... mungkin ada consequences yang menyebabkan dia terpesong dari jalan sebenar yakni jalan menuju Allah...

Sesungguhnya telah banyak nikmat dan rahmat yang telah manusia kecapi sebenarnya... makanan, minuman, pakaian, ibubapa, pancaindera, dan macam2 lagi... korang semua tahu kan... syukur dengan apa yang diberi-Nya... belajar menjadi makhluk yang bersyukur... x salah kn?

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
(Al-Baqarah; ayat 172)



Wallahua'lam

p/s: semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik untuk aku... jika dengan mendapat percentage tinggi aku akan lupa pada-Mu... aku lebih rela gagal di dunia dari gagal di akhirat kelak~

Monday, January 17, 2011

Saya Pelajar UNMC

Assalamualaikum...

ternampak tawaran kat satu blog.. aku terus tulis post ni...



sekarang musim exam... last paper on 19 Jan 2010... lepas tu MERDEKA!!! hehe

Sekarang belajar di University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) mengambil kursus Electric and Electronic Engineering... Masuk UNMC Julai 2009 untuk program foundation UNMC... dan sekarang kat hujung semester 1... dijangka akan tamat pengajian bulan Mei 2014... Insya'Allah dengan izin Allah...

UNMC dr pintu depan


Di UNMC, pelajar Malaysia boleh dikatakan sikit... kalau datang sini... korang akan rasa korang kat oversea... bahasa perantaraan kat sini mostly English... kan bagus kalau semua pelajar asing diwajibkan belajar Bahasa Malaysia kalau nak belajar di Malaysia... senang sikit nak cakap ngan diorang... aku dah la x power speaking... kalau try pun bersepah English aku... broken habis...

Pengalaman pahit yang x dapat aku lupakan ialah apabila jatuh motosikal selepas melanggar satu lubang besar dalam perjalanan ke kedai mamak... first time bawak pagi2 buta, first time jatuh moto... nasib baik x de yg patah...sweater koyak ngan seluar jeans... dah la aku ade satu je seluar jeans... kawan2 aku yang byk bantu aku... hantar aku pergi klinik... thnx korang yg sudi jd kawan aku dan sanggup tolong aku... (T.T) time final week lecture lak tu... dah la tak pernah miss lecture... so, lepas eksiden ter"paksa"lah tak datang lecture... haha

Pengalaman Manis pula bersama kawan2... disebabkan UNMC ni agak free untuk keluar... so merata la kitorang berjalan melihat ciptaan Illahi dan ragam manusia~


daki broga... tinggi tau broga nih... hahaha

ragam kawan masa study...

study kat library

sambut birthday nazmi kat Alamanda


kelas komputer... blaja javascripting...

kat kelantan bersama ikhwah...

projek PCB first year...


jambatan kat pekan broga

study+tidur=studur


kalau nak join blogger pelajar Universiti Swasta... daftar kat sini...

seterusnya nak kongsi ayat Al-Quran...

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
(Surah Al-Hadid ayat 20)
kita dijadikan oleh Allah untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh-Nya seperti dalam Al-Quran... iaitu untuk beribadah kepada Allah dan Khalifah di muka bumi... di musim peperiksaan ini, janganlah kita fokuskan study sampai terlupa matlamat kita untuk mengejar keredhaan Allah dan mendapat syurga... semua mahu syurga, tapi macam mana usaha kita untuk mendapatkannya... adakah sebab syurga ini tidak kelihatan menyebabkan kita tidak bersungguh-sungguh... adakah kamu mahu pahala dibalas dengan matawang di dunia... kadang-kadang apa yang kita tak nampak itu lagi best ganjarannya~

Wallahua'lam