Sunday, October 31, 2010
Isanghae?
Saturday, October 30, 2010
cerita orang dok rumah sorang2~
sesudah itu aku kembali ke ruang tamu... aku memandang nota c programming dan nota lain-lain subjek dengan lesu..."asyik-asyik study... malas ah..."kata benakku... lalu aku terpandang satu konsol berbentuk rectangular yang mempunyai zip di tepinya... aku membukanya... banyak perkara aku tahu... hari ini aku baca sampai surah at-Taubah... oh! lambat betul aku membaca al-Quran... orang lain dah berkali-kali khatam... aku pulak baru khatam sekali je... nampaknya momentum ramadhanku sudah sama sekali hilang...
lepas itu baca buku apa ertinya saya menganut agama ISLAM karya Fathi Yakan... aku dah baca dah buku ni... tapi lupa pulak... aku nak buat review berdasarkan topik dia...
dalam buku ni... aku ada jumpa beberapa ayat yang murabbi dah bagitau berkali-kali pada anak usrahnya... namun diri ini hanya mampu mendengar.... dan tak mampu mengamalkannya... ayat tersebut:
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)...maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya...sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu...dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya...
(Surah Asy-Syams:7-10)
aku nak jadi orang yang beruntung...
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)...
ps1:konsol merujuk kepada harta aku yang paling berharga... Al-Quran... hilang psp aku, aku x kisah... hilang konsol aku yang extra special ni aku, ke lubang cacing pun aku cari... sape2 curi konsol ni memang nak mati...
ps2:blogging pun blogging jugak... tido jangan lupa sudah...
ps3:td baca buku apa erti saya menganut ISLAM... qiamullail ni penting untuk membina individu... tapi nak bangun tu yang susah tu... Semoga Allah mempermudahkan jalan ku kepada-Nya~
Monday, October 25, 2010
efek kepada ilmu ialah amal...
facebook kini menjadi medan kepada pelbagai penyebaran ilmu dan info mahupun penyebaran fitnah dan gossip... teori konspirasi la... fitnah akhir zaman la... berita tentang umat Islam dihina dan dicaci... itu dan ini... tidak tentu sumber itu sahih atau tidak... ditambah dengan penyalahtafsiran ayat al-Quran dan hadis... dan lepas itu di share sesuka hati... dan pembaca terus mendapat info hanya sebagai info tambahan... tanpa terkesan ataupun tersedar di dalam hati untuk membangunkan umat Islam yang kini ibarat singa yang sedang tidur...
kalau nak share pun kena la pastikan apa yang di'quote'kan dalam artikel sahih dan bebas dari fitnah... kalau share nanti akan bercabang korang punya saham... tidak kira la saham pahala mahupun dosa...
aku bukannya apa... aku tengok sesetengah kawan aku cedok ilmu straight dari facebook pastu sebar kat aku... aku hanya akan dengar kalau cerita itu benar2 sahih...
lagi satu diorang ni tak habis2 cakap pasal freemason dan characteristicnya... pastu cakap yang kalau kita menyerupai sesuatu kaum, kita termasuk dalam kaum itu... aku tau semua tu... tapi ko tahu ke pasal freemason yang sebenar??? freemason tu kan pertubuhan rahsia dimana tak banyak info yang diketahui oleh kita... macammana mereka tahu tentang freemason dengan begitu senang...
senang cerita... aku hanya nak belajar ilmu untuk menjadi amal... belajar pasal al-Quran dan hadis... kerana pada aku... ilmu,amal dan istiqamah paling penting dalam hidup seorang muslim... itu pendirian aku... itu hala tuju aku... kalau ko nak cakap pasal ilmu yang tak pasti... aku tak nak dengar... ade aku kisah pasal ko?
efek kepada ilmu ialah amal... yang seterusnya membuahkan iman... bukannya nak berdebat kalahkan orang lain atau nak tunjuk hebat depan orang lain... tapi tak check iman diri sendiri naik atau tak... malah makin sombong dengan ilmu (ataupun tak puas hati bila kalah berdebat...)... baik tak payah...
wallahua'lam...
ps1:post cam emo je... haha
ps2:aku tak tau la... kebelakangan ni kalau aku baca al-Quran aku rasa cam best je... kalau boleh tak nak berhenti je... adakah ini tanda kemanisan iman... (ahh... tak mungkin perjalanan aku untuk mencari kebenaran singkat camni je kn... hehehe)
Friday, October 22, 2010
C Programming For Life~
rasa cam nak blogging tapi dlm pada masa yang sama aku perlu study... so ini la hasilnya...
#include
int main (void)
{
int usaha, doa, pakaian, tangan;
printf("dakwah ibarat membasuh baju dengan tangan... dilakukan dengan usaha + doa yang ikhlas... menbersihkan pakaian dan juga membersihkan tangan kita...");
/*usaha dan doa yang berterusan akan membuahkan hasil*/
return 0
}
berterusanlah melakukan perkara yang baik dengan sabar dan solat... nescaya pertolongan Allah akan datang...
ps:c programming ni merepek je... jgn la try kat laptop korang pulak... konfem tak jadi la... hahahaha
Friday, October 15, 2010
Syahadah Enta Dah Sempurna?
Pada aku tidak sama sekali... Cuba lihat pada rukun Islam yang pertama... Syahadah...
Syahadah yakni pengakuan akidah itu sendiri memegang tanggungjawab yang besar... Bukan sekadar dimulut sahaja...
Menurut Syeikh Abdul Al-‘Ala Al Mardudi, seorang pejuang yang mahu mebina Negara Islam di India, katanya dalam satu ucapan:
Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama(cara hidup) kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar ( pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang tayak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja melafazkan syahadah ini. Perlu difikirkan, apa yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini?
Cuba flashback kisah penyebaran Islam di Mekah... pada masa itu Rasulullah S.A.W. menekankan akidah dalam pembentukan individu muslim... Selepas itu, apabila turun perintah Allah untuk solat,puasa, amar makruf nahi munkar, haji, penukaran kiblat ke baitullah dan sebagainya, mereka terus buat... Kenapa macam tu... Sebab dalaman mereka(iman) dah kuat... Apa sahaja perintah yang dikenakan, mereka terus ikut... Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya...
Syahadah enta terbukti sempurna apabila diri enta melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah tanpa sebarang keraguan...
Apa tunggu lagi... dalami Islam sekarang...
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?(10) Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu... Itulah yang lebih baik bagi kamujika kamu mengetahui...(11)
(Surah As-Saff ayat 10-11)
Sudah diberi tawaran yang terbaik... Apa pilihan korang... pilihlah~
Wednesday, October 6, 2010
Enta kenal Nabi Muhammad???
Nabi Muhammad banyak berkorban untuk menyebarkan Islam... pada akhir hayatnya... ummati ummati ummati... kalimah terakhir dari mulut baginda... menunjukkan bahawa baginda begitu sayangkan umatnya... namun kita sebagai umatnya... amat kurang mengingatinya apatah lagi berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... takkan pada sambutan maulidur rasul sahaja mahu ingat pada baginda...
menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW... lebih hebat menyambut sambutan tahun baru mahupun ulangtahun perkahwinan... lebih minat sambut kelahiran artis... lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW... padahal... artis tu tak tahu pun siapa peminatnya... yang artis tahu cuma peminat-peminatnya... dan tak lebih dari itu... Korang tak rasa membazir ke sambut hari lahir diorang???
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat... cadangan ana(chewah... speaking arab skit...), banyakkan membaca fiqh sirah dimana mana kedai buku berdekatan(dengan nada promote) untuk menambah ilmu atau penghayatan tentang Islam...
Monday, October 4, 2010
Oh! dah lebih setahun rupanya aku kat sini~
rumah ni mahal beb... tapi aku rase bertuah gak dapat umah yang agak murah jika dibandingkan kawan2 senasib dengan aku... hahahaha
Electric and Electronic Engineering menjadi pilihan aku... Oleh hal yang demikian, aku ingin belajar dengan rajin... tak kira la ilmu dunia mahupun akhirat...
ps1: bile ada usrah nih??? aku dah ketandusan iman nih... setakat tengok Astro Oasis time cuti mana cukup...
ps2 : sebenarnya aku dah lama x tulis... idea pun kering... hahaha