Islam berasal dari perkataan salama yang bermaksud aman atau sejahtera... dari sudut istilah pula bermaksud mentauhidkan Allah,patuh dan tunduk kepadanya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W... dan bla bla bla... semua itu kita tahu... ni benda paling asas dalam pendidikan Islam... kalau korang tak tahu... harap-harap boleh buka balik buku pendidikan islam korang yang dah bersawang tu...
Antara Islam dan islam... apa perbezaannya?
Islam bermula dengan huruf besar dan islam pula bermula dengan huruf kecil... selain itu, kedudukan kedua-duanya perkataan berlainan... dan Islam dikira penggunaan bahasa yang betul kerana Islam itu kata nama khas dan sepatutnya diletakkan huruf besar pada permulaannya... alahai... budak kecik pun boleh jawab...
jawapan skema dari aku ialah Islam hanya pada nama manakala islam pada sifat keislaman seseorang itu sendiri...
kalau korang perasan sekarang ni... ramai masyarakat kita yang hanya Islam pada nama dan kad pengenalan sahaja... ibadah menjadi adat kebiasaan mereka... sekularisme dan lain-lain... ini berdasarkan pengalaman aku di kawasan kediamanku di sekitar universiti omputih celup ini...
mereka yang berpendapat kalau dah tua baru nak bertaubat... tu la pasal kat surau atau masjid penuh dengan orang tua je... pastu lepas solat mesti ada doa... solat subuh kena ada qunut... xde bende tu orang usha pelik... macam yang terjadi kat kawan aku... x pasal-pasal je kena lecture agama... tapi sayang sekali... masyarakat tak belajar pasal agama secara mendalam... bagi lecture pun ikut konsep adat... kawan aku dengar je... sebab dia hormaat orang tua... sabar ye kawan... selain itu, agama ini tak boleh campur dengan urusan lain... dan lain-lain (kalau sebut banyak nanti bikin lu panas je... watpe kan...)
aku tak mahu la tuduh bukan-bukan... oleh itu aku sentiasa bersangka baik bahawa mereka yang kata dah tua baru nak bertaubat mungkin sebab diorang nak feeling masa bertaubat tu... sebab mereka dah pernah baca hadis 40 imam nawawi:
aku pun tak belajar dengan detail pasal hadis nih... bagus la mereka nih... awal-awal dah tahu... dah ada target umur 50-60an baru nak bertaubat tapi persoalannya... korang konfem ke dapat hidup smpai umur tu?
lagi satu ko sekular sangat apasal? kan ko kata islam is the way of life...
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(Surah Al-Baqarah ayat 208)
aku malas nak bagi tahu lagi pasal sangka baik aku ni... kang x abis pulak...
oleh itu marilah kita semua tak kira tua atau muda mula beramal sekarang... kita mana tentu hidup lama... kita kata kita Islam tapi hakikatnya hanya pada nama sahaja... ingatlah tanggungjawab Islam terletak pada setiap bahu umat Islam... tunjukkanlah nilai Islam dalam diri korang
wallahua'lam
nota: baru abis progress test ngan math test... gile kentang susah... negative marking memang kejam! arghhhh!!! tapi sume tu hanya nota dari Allah menyuruh aku belajar lagi tekun dan serius...
doakan aku berjaya pada exam seterusnya...
1 comment:
bagus.banyak info.
visit.rate & comment.
:)
Post a Comment