Wednesday, May 5, 2010

Henshin!! Berubah!! Transform!! Sentiasa Bertambah Baik... tp... xkan Dunia saje???



Kita sentiasa mahukan perubahan kearah kehidupan yang lebih baik...

1) Dari bujang->kahwin No 1 ----> no 2 -----> DLL.

2) Dari pakai moto kap ---> kancil->wira ---> Honda ---- seterusnye..

3) Badminton -----> Golf...

4) Rumah sewa----> rumah kos rendah --->rumah teres ---> banglow....

5) Technician ---->supervisor -----> engineer ---> manager...

6) Tv 14' ---> 21' ---> 29' ----> Home theather...

7) Sg Danga ---> Tanjung Leman ---> Langkawi ----> Hadnyai ---> Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ----> sungai ---> kolam (bayar punye)---->
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong....


.....
T E T A P I....



KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Surah Ali-'Imraan ayat 185)

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ----> pastikan sembahyang--->jadikan amalan.....


2) banyak maksiat -----> kurangkan -----> hapuskan...


3) Bangi ----> madinah ----> mekah...


4) sedekah RM1.00 ----> RM10.00 --- RM100.00....


5) sembahyang dirumah ---> sembahyang di surau/masjid. ...


6) 5 jam sehari menonton TV -----> 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....


7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet -----> 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.....


8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT....

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...



......infiniti. ......

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu`min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur`an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah ayat 111)


Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.


3 comments:

Nurasyikin Mohd Noh said...

best! like this!

The Zechariah said...

mirull..siyes touching giler..(T.T)..em..risaw akhirat cmne..tp kita boleh jadikan usaha kita kat dunia ni sebb salah satu cara mengumpulkan pahala ke akhirat...kita niatkan kita sedang berjihad untuk agama Islam..tp dlm (study)berjihad tuh..kdg2 rasa malas utk wt kewajipan lain..contoh nak puasa, solat jemaah, muamalat..ni la msalah aku skrg..tp cm ko gtw..cuba improve cket2 la kan..aku ni liat tol nak puasa..hehe..

Mister Mirull said...

biar skit aslkn istiqamah... tu yg pnting... klau org yg syahid dpt hidup semula... psti die akn bg nasihat kat kte supaye istiqamah di jln-Nya~