Tuesday, March 9, 2010

BARISAN DI AKHIRAT




Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: “ Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allas S.W.T”

Ertinya:

“ Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian dating berbaris-baris”

(Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab, “ Wahai Muaz, enhkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA


Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “ Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KEDUA


Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih. “ Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KETIGA


Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “ Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KEEMPAT


Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KELIMA


Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “ Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KEENAM


Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “ Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KETUJUH


Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. “ Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalh neraka..”


BARISAN KELAPAN


Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “ Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”


BARISAN KESEMBILAN


Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.


BARISAN KESEPULUH


Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. Mereka adalah orng yang derhaka kepada ibubapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..


BARISAN KESEBELAS


Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.


BARISAN KEDUA BELAS


Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“ Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih saying dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakn manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah dengan-Nya,,

Wallahu a’lam~

MySpace

7 comments:

Mirull Leonhart said...

hoho~

Anonymous said...

huh... mirull power!!

Anonymous said...

huiyo...

afifah said...

thumbs up!

kgurlz said...

I love u... well uh... i mean.. ur post... hehe

miraroslan said...

eyh!!! psl kluar dashboard aku tuh

tlg refresh ek!!
nnt ko jumpa la balik ko nyer tq yer!!
ni mslah tiscra or masalah blogger..

tq yer!!

Baihaqi said...

salam

oh...dah ada blog...keep it up...
:)