MENGAPA???!
Bukan aku sahaja yg dijangkitinya... Malah puluhan ribu saudarakku... Dan... Aku tertanya2... Adakah mereka sedar tentang itu??? Atau mereka selesa dengan keadaan begitu???
Aduhai... Mengapa penyakit ini memilih aku??? dan... Mengapa saudaraku???
Wahai penyakit dunia!!!! Kau sungguh kejam!!!
Cintakan dunia dan takut mati pesanan Rasulullah S.A.W. kepada umat akhir zaman... Namun... aku tidak ambil kisah... aku biarkan penyakit ini melemahkan diri dan saudaraku...
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid: 20)
"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Sesungguhnya tepat isyarat Nabi Muhammad saw itu, pada akhir zaman nanti umat Islam akan mengalami perubahan(termasuklah diriku...). Kualiti umat akan menurun secara drastik, persatuan dan kesatuannya akan pudar. Umat lain akan datang dan berebut dan memanfaatkan. Ibarat makanan yang menjadi santapan orang-orang yang lapar, dan ibarat buih yang terapung di atas air yang membawanya (macam karam singh walia punye stail.. hehe).
...:Cinta Dunia:...
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah ali-Imran:14)
Apabila semua objektif,ganjaran, arah tuju, harapan, dan cita2 hanya untuk dunia... ingatlah... pada masa itulah kamu telah leka dgn dunia...
Penyakit ini bukan sahaja ganas merobek individu malah mampu menggugat malah melumpuhkan sama sekali kekuatan umat islam...
Semua usaha ditujukan kearah keinginannya untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata tanpa mempedulikan orang lain... maka semangat untuk berjuang dlm islam lama-kelamaan pudar dlm individu muslim...
Sehingga penyebaran islam, mereka mengukurnya dengan material... Jika menguntungkan mereka akan berjuang, dan bila dirasakan tidak memulangkan hasil, mereka diam sahaja... Oh! dunia ini sungguh mengaburkan mata... Lindungi aku daripada terperangkap dalam kehidupan yang sementara ini... Sehingga ramai rakan2ku yang sudah silau dgn dunia... sehingga xdpt membezakan baik dan buruk...
Nabi bersabda:
"Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau (baik dipandang), dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita." (Riwayat Muslim)
Apabila umat Islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan Islam dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran Islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu.
Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw:
"Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu." (Riwayat Termizi)
...:Takut Mati:...
Selalunya bila dah cinta dunia... secara normanya takut nak mampos(sori... ayat kasar skit..)... Sayangkan dunia dan x sanggup berpisah dengannya untuk balik kampung (Syurga tmpat nenek moyang kita Adam dan Hawa)... Secara analoginya... org yang tak ingat langsung pada ibubapanya dikampung... yg dia tahu hnya kerja untuk mengumpul harta banyak2 supaya dpt hidup dlm kemewahan... lbey kurang camtu la...
Mengapa takut sangat??? Takut harta diguna oleh org lain??? Takut BMW 5 seris dia tercalar akibat anaknye yg bawak kereta macam org giler??? dan sebagainya~
"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan"
(Surah Al-Ankabut:57)
Takut mati termasuk salah satu di antara penyakit umat Islam dalam perjuangannya. Sebab takut mati, dalam perjuangan diliputi rasa kekhuatiran akan terkena risiko, khuatir terkena luka dan sebagainya. Mereka akan berjuang jika tiada risiko yang menimpa, asalkan dirinya selamat. Untuk menyelamatkan diri, dalam perjuangan Islam, mereka boleh membolak-balikkan kenyataan. Yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak. Yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal. Kerana takut mati dan takut menanggung risiko, sebelum berjuang sudah diselubungi rasa was-was. Mereka ini telah kalah sebelum bertanding. Akibatnya, perjuangan Islam akan lumpuh dan umat Islam akan mudah diperdaya oleh orang lain...
Jangan mengharapkan sangat supaya pemimpin buat dulu... So... Siapa yang perlu mulakan... Sudah semestinya setiap individu... Individu merupakan unit terkecil dalam masyarakat... Kalau kita mengaku kita muslim... buktikanlah...
Orang lain akan tertawa melihat umat Islam dirundung kelemahan, ditimpa kehinaan dan diporak-perandakan persatuannya. Untuk mengubati penyakit cinta dunia dan takut mati agar umat Islam tidak ditimpa kehinaan, maka kembalilah kepada konsep Islam itu sendiri. Jalinlah hubungan yang baik sesama manusia sebagaimana firman Allah:
"Ditimpakan atas mereka kehinaan, di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia" (Surah Ali-Imran:112)
Dalam menjalin hubungan yang baik dengan Allah, Nabi Muhammad saw telah memberikan petunjuk dan bimbingan iaitu dengan memusatkan beribadah kepadaNya:
"Bahawa kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu itu melihatnya. Dan jika kamu tidak melihatNya maka Allah melihat kamu." (Riwayat Muslim)
Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain.
"Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia."
Oleh hal yang demikian, ayuhlah segera mengubatinya...
Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku... Jangan Kau letakkan dihatiku.
1 comment:
Alhamdulillah. perkongsian yang menginsafkan. jazakallahu khair
Post a Comment