Monday, April 26, 2010

Weird Dreams



Last night, after isya', Tareq said about Qarun...


78. He said: "This has been given to me only because of knowledge I possess." Did he not know that Allah had destroyed before him generations, men who were stronger than him in might and greater in the amount (of riches) they had collected. But the Mujrimun (criminals, disbelievers, polytheists, sinners, etc.) will not be questioned of their sins (because Allah knows them well, so they will be punished without account).

79. So he went forth before his people in his pomp. Those who were desirous of the life of the world, said: "Ah, would that we had the like of what Qarun (Korah) has been given? Verily! He is the owner of a great fortune."

80. But those who had been given (religious) knowledge said: "Woe to you! The Reward of Allah (in the Hereafter) is better for those who believe and do righteous good deeds, and this none shall attain except those who are patient (in following the truth)."

(Al-Qasas,28:78-80)

Then... I join an usrah with izzudin,afiq rezali, and asyraf.(I'm one of the murabbi... haha... juz kidding...well errr.... just join my friend with his usrah)...

After the usrah... I just went back to my room to prepare myself to sleep at izzudin's room...
Then, ask nas that I want to use his lappy face the book(hehe~)...

Then went to bed around 2 am... Why am I hard to fall asleep after doing some usrah? haish... maybe I'm thinking too much about the topic in usrah... or maybe mendalami ad-deen is a light work for me... compare to study calculus or applied algebra... Study things about ""ad-dunia" sure makes me sleepy... haha~ Then, I fall asleep...

I woke up by a sound cock-a-doodle-doo of a rooster... damn alarm clock...

Then I wash my face and take wudu'... I didn't plan to go to the islamic centre as the time is a bit late...(alamak... kantoi plak x solat jemaah... haishh... x bley jd nih...)

Then I study a bit for a few minute(well uh... atleast a minute... hehe)... Perform dhuha prayer around 9 o'clock... then sleep...


In my sleep... I dreamt about a man come to me and take me and a few people somewhere... And then he said... You can choose whether to die with dunia in your hand or akhirat as your aim... Some said they want to choose dunia... Then I don't see them... I was wandering whether they were killed or released??? Then the group that is still standing firm at their position(including me...) that is remain... Then the man as come to me... He ask me whether to die for dunia or akhirat... Then I said... It is enough for me as long as Allah and Muhammad as God and His Messenger... Then I said the shahadah...

Blink! I was woke up by nas... "Ko nak makan x??"

haishh...

ps:kcau la nas nih... aku x taw kesudahan mimpi tu...
ps2:harap ape yg aku mimpi tu btol ngan ape yg ade pd diriku ini... Ya Allah...Bebaskanlah aku dari cinta dunia~

Friday, April 16, 2010

Penyakit Oh Penyakit~

Ah! Diriku diserang penyakit lagi... dan penyakit ini sering bertalu2 menyerangku... mengapa aku tidak cpat2 mencari penawarnya??? Apakah aku tidak menyedarinya??? Ketika aku dijangkiti penyakit ini, mengapa aku membiarkannya sehingga penyakit ini merosakkan badanku, membimbangkan diriku tentang sesuatu yg x pasti, dan.... meratah imanku???

MENGAPA???!


Bukan aku sahaja yg dijangkitinya... Malah puluhan ribu saudarakku... Dan... Aku tertanya2... Adakah mereka sedar tentang itu??? Atau mereka selesa dengan keadaan begitu???


Aduhai... Mengapa penyakit ini memilih aku??? dan... Mengapa saudaraku???


Wahai penyakit dunia!!!! Kau sungguh kejam!!!


Cintakan dunia dan takut mati pesanan Rasulullah S.A.W. kepada umat akhir zaman... Namun... aku tidak ambil kisah... aku biarkan penyakit ini melemahkan diri dan saudaraku...


"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid: 20)


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:


"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)



Sesungguhnya tepat isyarat Nabi Muhammad saw itu, pada akhir zaman nanti umat Islam akan mengalami perubahan(termasuklah diriku...). Kualiti umat akan menurun secara drastik, persatuan dan kesatuannya akan pudar. Umat lain akan datang dan berebut dan memanfaatkan. Ibarat makanan yang menjadi santapan orang-orang yang lapar, dan ibarat buih yang terapung di atas air yang membawanya (macam karam singh walia punye stail.. hehe).


...:Cinta Dunia:...


"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah ali-Imran:14)


Apabila semua objektif,ganjaran, arah tuju, harapan, dan cita2 hanya untuk dunia... ingatlah... pada masa itulah kamu telah leka dgn dunia...
Penyakit ini bukan sahaja ganas merobek individu malah mampu menggugat malah melumpuhkan sama sekali kekuatan umat islam...


Semua usaha ditujukan kearah keinginannya untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata tanpa mempedulikan orang lain... maka semangat untuk berjuang dlm islam lama-kelamaan pudar dlm individu muslim...


Sehingga penyebaran islam, mereka mengukurnya dengan material... Jika menguntungkan mereka akan berjuang, dan bila dirasakan tidak memulangkan hasil, mereka diam sahaja... Oh! dunia ini sungguh mengaburkan mata... Lindungi aku daripada terperangkap dalam kehidupan yang sementara ini... Sehingga ramai rakan2ku yang sudah silau dgn dunia... sehingga xdpt membezakan baik dan buruk...
Nabi bersabda:


"Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau (baik dipandang), dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita." (Riwayat Muslim)


Apabila umat Islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan Islam dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran Islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu.


Sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw:


"Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu." (Riwayat Termizi)


...:Takut Mati:...


Selalunya bila dah cinta dunia... secara normanya takut nak mampos(sori... ayat kasar skit..)... Sayangkan dunia dan x sanggup berpisah dengannya untuk balik kampung (Syurga tmpat nenek moyang kita Adam dan Hawa)... Secara analoginya... org yang tak ingat langsung pada ibubapanya dikampung... yg dia tahu hnya kerja untuk mengumpul harta banyak2 supaya dpt hidup dlm kemewahan... lbey kurang camtu la...



Mengapa takut sangat??? Takut harta diguna oleh org lain??? Takut BMW 5 seris dia tercalar akibat anaknye yg bawak kereta macam org giler??? dan sebagainya~



"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan"
(Surah Al-Ankabut:57)




Takut mati termasuk salah satu di antara penyakit umat Islam dalam perjuangannya. Sebab takut mati, dalam perjuangan diliputi rasa kekhuatiran akan terkena risiko, khuatir terkena luka dan sebagainya. Mereka akan berjuang jika tiada risiko yang menimpa, asalkan dirinya selamat. Untuk menyelamatkan diri, dalam perjuangan Islam, mereka boleh membolak-balikkan kenyataan. Yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak. Yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal. Kerana takut mati dan takut menanggung risiko, sebelum berjuang sudah diselubungi rasa was-was. Mereka ini telah kalah sebelum bertanding. Akibatnya, perjuangan Islam akan lumpuh dan umat Islam akan mudah diperdaya oleh orang lain...


Jangan mengharapkan sangat supaya pemimpin buat dulu... So... Siapa yang perlu mulakan... Sudah semestinya setiap individu... Individu merupakan unit terkecil dalam masyarakat... Kalau kita mengaku kita muslim... buktikanlah...


Orang lain akan tertawa melihat umat Islam dirundung kelemahan, ditimpa kehinaan dan diporak-perandakan persatuannya. Untuk mengubati penyakit cinta dunia dan takut mati agar umat Islam tidak ditimpa kehinaan, maka kembalilah kepada konsep Islam itu sendiri. Jalinlah hubungan yang baik sesama manusia sebagaimana firman Allah:

"Ditimpakan atas mereka kehinaan, di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia" (Surah Ali-Imran:112)



Dalam menjalin hubungan yang baik dengan Allah, Nabi Muhammad saw telah memberikan petunjuk dan bimbingan iaitu dengan memusatkan beribadah kepadaNya:


"Bahawa kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu itu melihatnya. Dan jika kamu tidak melihatNya maka Allah melihat kamu." (Riwayat Muslim)



Dan untuk menjalin hubungan dengan seseorang manusia, maka buatlah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan manusia yang lain.


"Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling bermanfaat untuk manusia."

Oleh hal yang demikian, ayuhlah segera mengubatinya...



Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku... Jangan Kau letakkan dihatiku.


Wednesday, April 7, 2010

Hatiku dah mula rindu padamu...



"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua IBUBAPA......"
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

Semakin lme aku x balik... semakin rindu plak kat family... hadoi...
lgpown x lame nnt ade test... hmmm... ble nak balik ni...
wlaupown kat mne kite berade... kite kne slalu igt kat mak bapak kite... ade test ke... ade isteri ke(bile la msenye... muahahaha)... ade itu ke ini ke... blablablabla....

aku kne jge hati mereka wlau camne pown... walaupown kite terpaksa letih sekalipown~


ble aku dah berenggang ngan parents aku... bru aku lbey mengenali kedua2 org tuaku ini...
mse selalu berade bersame mereka... mereka aku x pentingkan sgt... bile aku pandang mereka... aku hnye nampak keburukan mereka je... x pernah nmpak langsung yg mereka ni dah byk berkorban... ohhh~ sungguh buduhnye aku pd mse itu...

ble dah msuk ssrama... bru aku nmpak pengorbanan mereka... kesungguhan mereka untuk lihat aku berjaya... dan dlm mse itu aku mengenal mereka... dgn biah solehah sekolah aku juga,aku bru sedar tentang kepentingan untuk aku buat baik terhadap mereka... ohhh~ alangkah bagusnya jika aku sedar lbey awal dr itu... aku mahu jd anak yg soleh untukmu... untuk membalas jasa2mu yg terlalu byk itu... hnya itu shj yg aku mampu...Maafkanlah aku...


Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.(Surah Ibrahim ayat 41)


Sesungguhnya zaman silamku kelam... dan... aku sentiasa mahukan perubahan... jgnlah menghukumku kerana zaman jahiliyyahku yg kelam... sebaliknya... tegurlah aku sekiranya aku salah... baiki diriku seandainya aku merosakkan diriku... perbetulkan jalanku sekiranya aku sudah jauh terpesong...
Mari kite jd anak yg soleh dan solehah~

Sharing is caring:


Friday, April 2, 2010

Perlumbaan ke Negeri yang kekal abadi~



Hari akhirat, hari setelah kematian yang wajib diyakini kebenarannya oleh setiap orang yang beriman kepada Allah ta’ala dan kebenaran agama-Nya. Hari itulah hari pembalasan semua amal perbuatan manusia, hari perhitungan yang sempurna, hari ditampakkannya semua perbuatan yang tersembunyi sewaktu di dunia, hari yang pada waktu itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata dengan penuh penyesalan.

Persoalannya… Bilakah kamu semua mahu melakukan amal soleh? Adakah pada usia 40-an baru anda mahu berubah?

Dah… cukup dgn ayat skema ni…. hehe

“Hidup cume sekali…. So…. Kite enjoy…..”

Korang pernah dengar quote ni??? Apekah maksud enjoy???

Menurut dictionary.com

en⋅joy
Show Spelled Pronunciation [en-joi]
–verb (used with object)
1. to experience with joy; take pleasure in: He enjoys being a muslim.
2. to have and use with satisfaction; have the benefit of: He enjoys an excellent income monthly because he want to sadaqah his money to the poor.
3. to find or experience pleasure for (oneself): He seems to enjoy himself reading many books especially The Holy Quran.
4. to undergo (an improvement): Ahmad have enjoyed a rise in iman after his taubah.

tp kn... xtau plak Dictionary.com wat contoh ayat spt diatas...

Dah~ maksud enjoy dah sebut…

Oleh hal yang demikian,

Kwn2… prepare lah dirimu siap2 sebelum akhirat… kalau exam xpe la study last minute (sebarang kesilapan bahasa rojak sgt dikesali..)… exam kat dunia ni boleh resit.. kalau fail… resit lg… kalau fail… resit lagi… kalau fail… tuka university……. (camne x fail... dah bg soklan sng... die bley loyar buruk plak...MySpace)



Tapi klau ujian dunia plak….. x boleh patah balik…. Nak resit pown x boleh…. Nak tuka dunia pown x boleh…. Sbb pd mse tu… no turning back…



يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini.” (Qs. Al Fajr: 24)


Maka seharus kite sbg muslim yg mementingkan keselamatan dirinya perlu bg perhatian besar untuk menyiapkn diri dan kumpul bekalan akhirat untuk menghadapi negeri akhirat yg kekal abadi kelak….

(Bahagian merepek... Korang bley skip part nih...)

Korang blaja matematik x??

Kat cni ade calculation add math skit.. kasi pecah pale korang

Prove that y=0 when x=0. Given y=x^2+x . (soklan ni pelik skit…)
y= …(1)

We knows that Usia=Masa=Emas

We also knows that Emas=Harta

Mse dan usia kte makin singkat…. Countdown mse… ble mati… mse tinggal 3,2,1,0….

Let x=mse …(2)

And y=mati ...(3)

When mati is pasti… time remain is 0..

Substitute (2) and (3) into (1); mati=0^2+0

When y=0 bermaksud ble dah mati….. mse dah dibazirkan…. Emas=Harta byk mne pown dah x de nilai ble dah mati…. soklan ni korang piker baik2 taw… mungkin merepek sikit(mmg merepek pown~MySpace)

(Tamat Bahagian merepek...)

Oleh itu kwn2 persiaplah diri korang untuk akhirat.. kurangkn lah men fesbuk…. Berenti dari mengumpat kwn…. Stop dri citer pasal pompuan…. Jgn nak top up dosa…. Gantilah kegiatan korang dgn bukak blog tazkirah….

Citer pasal mcm mne nak masuk syurga… carik jalan camner nak ubah diri supaya dapat isteri solehah… kan bley meningkat saham kite di akhirat…

Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Hasyr: 18)




Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu yang mengingatkan hal ini dalam ucapannya yang terkenal: “Hisab-lah dirimu sebelum kamu di-hisab (diperiksa/dihitung amal perbuatanmu pada hari kiamat), dan timbanglah dirimu (saat ini) sebelum (amal perbuatan)mu ditimbang (pada hari kiamat), kerana sesungguhnya akan mudah bagimu (menghadapi) hisab besok (hari kiamat) jika kamu (selalu) menghisab dirimu saat ini, dan hiasilah dirimu (dengan amal shaleh) untuk menghadapi (hari) yang besar (ketika manusia) dihadapkan (kepada Allah ta’ala):


يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Allah), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi-Nya).” (Qs. Al Haaqqah: 18).


Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya dunia telah pergi meninggalkan (kita) sedangkan akhirat telah datang di hadapan (kita), dan masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki pengagum, maka jadilah kamu orang yang mengagumi/mencintai akhirat dan janganlah kamu menjadi orang yang mengagumi dunia, karena sesungguhnya saat ini (waktunya) beramal dan tidak ada perhitungan, adapun besok (di akhirat) adalah (saat) perhitungan dan tidak ada (waktu lagi untuk) beramal.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Az Zuhd (hal. 130) dan dinukil oleh Imam Ibnu Rajab Al Hambali dalam kitab beliau Jaami’ul ‘uluumi wal hikam (hal. 461)).



Akhir kalam, kite tutup tulisan ini dengan doa dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (dalam HR. Muslim, no. 2720) dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu) untuk kebaikan agama, dunia dan akhirat kita:

Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan penentu (kebaikan) semua urusanku, dan perbaikilah (urusan) duniaku yang merupakan tempat hidupku, serta perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku (selamanya), jadikanlah (masa) hidupku sebagai penambah kebaikan bagiku, dan (jadikanlah) kematianku sebagai penghalang bagiku dari semua keburukan.


Semoga kita dapat berjumpe di negeri abadi~