Monday, December 26, 2011

Perjalanan Menuju Destinasi

*AWAS!!! entri ini tidak sesuai untuk mereka yang berumur lapan belas tahun dan kebawah. Hal ini demikian kerana entri ini mengandungi unsur seram, ganas dan unsur2 yang memuntahkan*

*AWAS!!! entri ini menggunakan bahasa melayu tinggi. diharapkan agar pembaca menyediakan buku rujukan peribahasa jika mahu membaca entri ini*

*AWAS!!! entri ini telah ditokok tambah dengan cukup rasa maggi dan ajinomoto untuk menambahkan kekencangan cerita*

Latar Tempat: Highway utara-selatan dan jalan2 lain.
Latar Masa: setelah kereta legend aku telah diservis.

Aku bertolak dari rumah kira2 pukul 8.34 pagi. Tak percaya tanya mak aku. *krik krik krik*

servis kereta sebelum balik kampung~


Destinasi aku untuk ke semenyih dengan harapan untuk study for final exam yang bermula 11 januari 2012 tepat pada pukul 9 pagi di F3C04. Macam biasa aku akan masuk highway utara-selatan melalui gopeng. Perjalananku sampai gopeng biasa. Tekan brek sikit. Minyak sikit. Sampaila aku kat tol gopeng. Dan masuk la aku ke dalam highway. Yes. Sudah masuk highway. Hatiku berbunga-bunga seperti kera dapat bunga.

Diteruskan perjalanan aku. Dalam minda ku hanya fikir nak guna jalan apa untuk masuk semenyih apa? *diiringi lagu You and I by IU dan I'll Be There by Boyfriend* Aku bertekad tak mahu guna jalan melalui KL kerana pada sangkaan aku akan sesak. Pada mulanya aku menjadi pemandu yang berhemah berkhemah-khemah. Maklumlah masih segar. Setelah sejam memegang stereng kereta dan melihat kereta aku dibelasah dan ditinggalkan kereta lain, naluri seorang pelumba F1 mula bangkit seperti kuasa musang 9 janggut bangkit dari badan NaruTok.

Hoyeahhh! Baru aku sedar kehebatan kereta aku setaraf dengan kereta2 ternama dunia. Aku berlumba dengan poshe kayman es. Kekadang aku berada di depan poshe dan kekadang aku berada di belakang. apabila sampai selekoh, poshe tadi terus memecut meninggalkan aku keseorangan. dari saat itu baru ku sedar bahawa keretaku sememangnya kereta yang hebat sehebat namanya. cayenne-chill (baca : kancil).

ehsan google


setelah itu semua kereta aku belasah. Kereta merchedis, bee-em-dabel-lew, aou-dee dan bla bla bla (isikan dengan kereta high class yang sewaktu dengannya) semua aku kalahkan *pengaruh need for speed* setelah semua kereta sudah dikalahkan, semangat seorang pelumba semakin kurang. mungkin dah terlalu hebat sangat. macam kat dalam game la. bila main pakai cheat cepat je boring.

Untuk meneruskan mata aku untuk melihat jalanraya yang straight ini, aku lontarkan vokal yang lunak dan penuh krim mengalahkan artis korea dan seangkatan ditambah tarian yang mengalahkan beruk di dalam zoo taiping. Ternyata teknik ini berkesan untuk melawan penyakit mata-selalu-nak-tutup. 

Setelah aku melepasi restoran jejantas sungai buluh, aku mula fokus tentang jalan. kefokusan aku seperti pelajar tingkatan 5 menjawab SPM. Mata difokuskan untuk mencari kata kunci "Kajang". dan aku teruskan sahaja perjalanan sebab tak nampak kata kunci itu.

Tiba2 aku terkejut seperti mana beruk jantan terkejut tengok beruk betina yang sumpah seksi nak mampuih. aku berhenti di tepi jalan. "Kat mana pulak aku ni? dah sesat kot?", tanya aku sendirian. aku teruskan perjalanan untuk mencari kata kunci lain, "Kuala Lumpur". aku mendapati tempat ini namanya Bukit Raja, Klang. Masha'Allah. dah sampai Klang rupanya. aku teringat kembali masa2 aku sewaktu di sekolah di Klang ini. Pada masa itu aku rasakan sungguh osem bersekolah kat situ. kalau aku baling sepuluh ringgit kat depan surau, sepuluh ringgit tu takkan berganjak sampailah ada orang buat notis kat papan kenyataan depan  surau pasal kehilangan duit sepuluh ringgit tu.

ok. lupakan nostalgia lama itu. kembali kepada jalan. U turn untuk menuju ke KL. minyak pulak sikit, isi minyak jap. pastu masuk SKVE dan berlumba kereta lagi dengan akhawat *erk? aku rasa la. akhawat ni bawak kerete laju gak. takut aku tengok.hue hue hue* .Dan straight sampai semenyih. sampai rumah sewa lebih kurang pukul 12.36 tengah hari. kepulangan aku disambut oleh seorang housemate yg sudah lama study kat rumah. terharunya*air mata mengalir dengan lajunya ibarat air terjun*. naik atas terjumpa seorang housemate setia yang tak pernah balik kampung. Cik Pah nama dia. terbaring kat tangga. mati agaknya. muahahaha. sampai je kat bilik baring2 jap. Alhamdulillah. sampai juga aku kat rumah.

ini cerita aku tentang perjalanan aku yang penuh iktibar dan pengajaran *kononnya*

takde keje wat cerita ni.. haha

nota mirull:
1. exam nak dekat. takut aku tgk kawan2 aku study macam nak mampos kat library, tcr dan sbgnya. aku ni x study byk pun lagi.. waaaa~
2. nak study betul2! aja aja fighting!

1 comment:

Kostya Shaknov said...

Секс: элитные проститутки
Безумная фантазерка с роскошными прелестями приглашает в гости! Круглосуточно в уютных апартаментах! Исполнение — враг желания.