Kelihatan ada orang bercakap dgn pemilikku. "Brothers. Have a stapler?",kata foreigner berbangsa arab. "Sure brother.", balas pemilikku.
Ditekan-tekan kepalaku berkali-kali, berkali-kali juga dawai kokot bengkok dan tidak menembusi kertas. "Bagi la tugas macam ni kat orang yang lebih besar dan mampu! Aku mana mampu buat semua kerja ini?" bentak aku kepada pak arab yang menekan berkali-kali kepalaku. "Carilah stapler besar! Kenapa mesti aku yang buat semua kerja?", tambahku lagi. Akan tetapi pak arab tersebut tidak berhenti memaksa aku melakukan kerja. "Tak paham bahasa ke pak arab ni?"soal diriku. "Nak kata bunguks tuan aku ni, tak la bunguks mana. belajar tinggi jugak tapi eksen dan pi'il macam budak-budak! Tak pandai nak guna barang langsung!",maki ku sendirian kepada pak arab tersebut. Namun makian dan jeritanku tidak didengari dia.
lebih kurang macam ni la |
Kehebatan dan Kemampuan
setiap manusia ada kehebatan dan kemampuan tersendiri lantas menjadikan setiap manusia itu berbeza antara satu sama lain. Ini menjadikan setiap manusia itu unik. Cuba bayangkan kalau semua manusia muka sama, pemikiran sama, suara sama, pendek kata semua sama lah! tentu boring kan! kan! kan! Subhanallah. Agungnya ciptaan-Nya~
aku pun ade kehebatan tersendiri. (part yg meloyakan bermula. kalau tak tahan sila skip paragragh ini) orang cakap aku ni complete pack seorang manusia zaman urban masa kini bak kata omputih, all in one. orang kata aku ada mata yang memikat macam Lee Minho, hidung macho macam Kim Jaejoong, rambut macam Kim Hyunjoong, mulut yang sexy macam Nickhun, cute macam IU, cantik dan hensem tanpa mekap macam Han Seungyeon, badan six pack macam Jung Jihoon (Rain), maskulin macam Ok Taecyeon, pandai masak macam Jamie Oliver,pandai berbabeku macam Robert Rainford, suara sedap macam Anuar Zain, lelaki macho macam Aaron Aziz, pandai amik sepakan penalti macam Fadhli Shas, laju menggelecek bola secara solo macam Cristiano Ronaldo. Namun begitu kalau disenaraikan kehebatan aku, tak akan habis list ini. muahaha (end of part yg meloyakan)
kemampuan... setiap benda ada kemampuannya. setuju x?
contoh sbg seorang electrical and electronics engineering student. dalam linear power supply. when we adjust the variable resistor to certain extend, the capacitor may explode. when IC is expose to more than 15 Volt, the IC will become hot and may break. that's why we use heatsink to overcome this problem.
contoh sbg mechanical engineering student. in a spring system, hooke's law state that the restoring force acting on an object is proportional to negative of the displacement (deformation) of the object. when there is too much force applied to the spring beyond it's spring constant, the spring will deform and cannot return to it's original shape.
ok. aku mengaku aku tak pandai terangkan contoh lain. the point is every thing has it's limit. kita aplikasi dari sudut dakwah.
berikut dinisbahkan cerita stapler dengan kisah dakwah~
stapler = pendakwah
kita sebagai stapler perlu faham kemampuan sbg seorang stapler.
kertas = mad'u (orang yang didakwah)
sebagai kertas, perlu kita menerima segala apa yang diberikan untuk menjadikan kertas itu tersusun dan bermakna kepada pemilik (Allah). apa sahaja seruan ke arah kebaikan kita terima dan teguran yang baik pun kita terima kerana perkataan paling baik ialah perkataan orang menyeru kepada kebaikan.
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,"Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)!" (Surah Fussilat ayat 33)kepentingan kertas (lab report atau sekadar kertas kosong) = penting atau tidak penting untuk di-follow up
jika kertas itu penting dan boleh digunakan. apa lagi! stapler dan susun dalam satu kumpulan (jamaah). senang untuk dicari jika diperlukan
perbuatan stapler menembus kertas = dakwah yang menyentuh hati mad'u
satu skill yg perlu dimiliki oleh stapler yakni jurus menembus kertas. ia memastikan keberkesanan mengokot semua kertas yang ada. tapi dgn kemampuan sendiri.
jenis dawai kokot = cara kita berdakwah
jenis yg tajam |
macam2 jenis dawai kokot |
Konklusi
lakukan ikut kemampuan... sepertimana burung ababil yg menghalau tentera abrahah dgn batu.
walau siapapun kita. ingatlah perkataan yg mengajak kepada kebaikan is the best in the world.
Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah ayat 286)Nota Mirull:
1.sibuk ngan lab report... lab report susah lak tu...
2.kesian kat blog aku.. x update... sori kat korang semua... kekangan masa... nak wat camne. haha
3.sebarang penambahan silakan~
4 comments:
:)
stapler pun boleh jadi kisah..
setiap kali aku rasa down dgn dugaan yg datang bertubi2, aku akan ingat..
"Allah tak menurunkan dugaan melebihi kemampuan hambaNya."
so aku pasrah~ T__T
Ahmad: (^_^)
Sophie Al-Yahya: dugaan yang datang bukan suka2... Allah tanya kita, dalam surah al-ankabut surah ke 29 ayat 2;adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak diuji?
nice entry..
pengajaran dalam penceritaan..=)
p/s: bittaufiq wal najah..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment