
Pada aku tidak sama sekali... Cuba lihat pada rukun Islam yang pertama... Syahadah...

Syahadah yakni pengakuan akidah itu sendiri memegang tanggungjawab yang besar... Bukan sekadar dimulut sahaja...
Menurut Syeikh Abdul Al-‘Ala Al Mardudi, seorang pejuang yang mahu mebina Negara Islam di India, katanya dalam satu ucapan:
Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama(cara hidup) kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar ( pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang tayak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja melafazkan syahadah ini. Perlu difikirkan, apa yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini?
Cuba flashback kisah penyebaran Islam di Mekah... pada masa itu Rasulullah S.A.W. menekankan akidah dalam pembentukan individu muslim... Selepas itu, apabila turun perintah Allah untuk solat,puasa, amar makruf nahi munkar, haji, penukaran kiblat ke baitullah dan sebagainya, mereka terus buat... Kenapa macam tu... Sebab dalaman mereka(iman) dah kuat... Apa sahaja perintah yang dikenakan, mereka terus ikut... Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya...
Syahadah enta terbukti sempurna apabila diri enta melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah tanpa sebarang keraguan...
Apa tunggu lagi... dalami Islam sekarang...
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?(10) Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu... Itulah yang lebih baik bagi kamujika kamu mengetahui...(11)
(Surah As-Saff ayat 10-11)
Sudah diberi tawaran yang terbaik... Apa pilihan korang... pilihlah~
No comments:
Post a Comment