Friday, March 25, 2011

1 Hari 1 blogger The Faceblog

ter-usha thefaceblog... so tangan terasa gatal untuk join... muahahaha (evil laugh)...

1. nama anda @ nickname

Mirull Ibnu Azman

2. nama blog anda & rahsia di sebalik nama tersebut
nama blog ...whatever... aku sebenarnya peminat fanatik final fantasy 8... nama blog ni dapat dari character Squall Leonhart yang selalu cakap ...whatever... kalau ade orang tanya dia...

2. ceritakan tentang blog anda.
blog ni menceritakan tentang diriku sebagai
-student universiti omputih celup (University of Nottingham Malaysia Campus)...
-orang yang concern dengan masyarakat yang hilang nilai keislamannya...
-orang yang join usrah...
-orang yang sentiasa memperbaiki diri
-dan banyak lagi... kalau ditulis nanti penuh pulak...
secara konklusi, blog ni cerita pasal pengalaman diri~

3. tujuan anda blogging
just untuk kongsi pendapat... dan sebarkan ilmu dan perkataan yang baik... perkataan yang baik juga sedekah~

4. harapan anda untuk blog anda.
supaya blog ni byk dikomen atau berkongsi pendapat... saya rela menerima kritikan yang membina~

5. sedikit nasihat @ pesanan kepada blogger lain.
berblogginglah perkara yang berfaedah dan sentiasa ada pengajaran dari post yang kita tulis... supaya menjadi peringatan kepada yang lain... belajar dari pengalaman itu bijak, tetapi belajar dari pengalaman orang lain lebih bijak...

kalau nak join click sini atau banner di bawah

sekian...

nota mirull:
-omaigad! lab report x siap lagi!
-ade daurah pulak minggu nih!
-lagi 4 juzuk nak khatamkan al-Quran... usaha lagi mirull ye!
-volunteer bahagian food dalam festival bunkasai... oh yeah! berharap untuk bangun awal esok~

Monday, March 21, 2011

Islam dan Kufr

Islam dan Kufr ibarat berjalan dalam gelap di jalur jalan yang lurus...

kita akan sentiasa kedepan tanpa tahu apa yang ada... kadang2 ada orang asing(Dajjal, syaitan, nafsu, etc) yang menggapai tangan kita dan memimpin kita ke jalan lain... dalam kegelapan kita hanya menerima apa saja pertolongan yang diberi...

sekiranya ada obor (ilmu pengetahuan), kita akan mudah untuk menyusuri jalan yang lurus ini dengan yakin (perbuatan)... kita juga dapat mengenal pasti siapa orang asing yang berada di tepi jalan yang sentiasa berusaha menyesatkan pengembara jalan lurus ini...

begitulah perbezaan antara muslim dan kafir...

muslim itu dengan pengetahuan dan perbuatan... muslim itu bukan dikenal melalui pakaian... bukan juga melalui keturunan yang Islam, mahupun di kalangan bangsa yang rata-rata menganut Islam...

perlu diingatkan sekali lagi... muslim itu dengan PENGETAHUAN dan PERBUATAN... x cukup kedua-dua ini x cukup...

orang yang pegetahuannya tentang Islam sama dengan orang kafir, adakah dia layak digelar Islam?

belajar di sekolah agama 5 tahun, lepas keluar sekolah, minum arak, zina, dan lain dosa menjadi perkara biasa, adakah dia layak digelar Islam?

tahu perkara itu haram, perkara itu wajib, lepas itu yang haram ditelan, yang wajib ditinggalkan, adakah layak dipanggil muslim?

tahu tentang utusan Allah yakni Muhammad S.A.W. keperluan untuk mengetahui tentang dirinya...serta kisah-kisah sahabat... tetapi artis yang diagung-agungkan... gosip artis barat, artis tempatan,artis korea dan artis lain cepat je tahu... adakah layak digolongkan dalam kelompok muslim?



post ini bukan untuk menghukum sesiapa... just untuk reflect on ourself... setakat mana Islam kita...

wallahua'lam

nota mirull: agak sibuk kebelakangan ni... subjek makin complicated... tambah ngan selesema lg... perghh... sakit kot~