Wednesday, November 24, 2010

Antara Islam dan islam~

bismillahirrahmanirrahim...

Islam berasal dari perkataan salama yang bermaksud aman atau sejahtera... dari sudut istilah pula bermaksud mentauhidkan Allah,patuh dan tunduk kepadanya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W... dan bla bla bla... semua itu kita tahu... ni benda paling asas dalam pendidikan Islam... kalau korang tak tahu... harap-harap boleh buka balik buku pendidikan islam korang yang dah bersawang tu...

Antara Islam dan islam... apa perbezaannya?

Islam bermula dengan huruf besar dan islam pula bermula dengan huruf kecil... selain itu, kedudukan kedua-duanya perkataan berlainan... dan Islam dikira penggunaan bahasa yang betul kerana Islam itu kata nama khas dan sepatutnya diletakkan huruf besar pada permulaannya... alahai... budak kecik pun boleh jawab...

jawapan skema dari aku ialah Islam hanya pada nama manakala islam pada sifat keislaman seseorang itu sendiri...

kalau korang perasan sekarang ni... ramai masyarakat kita yang hanya Islam pada nama dan kad pengenalan sahaja... ibadah menjadi adat kebiasaan mereka... sekularisme dan lain-lain... ini berdasarkan pengalaman aku di kawasan kediamanku di sekitar universiti omputih celup ini...

mereka yang berpendapat kalau dah tua baru nak bertaubat... tu la pasal kat surau atau masjid penuh dengan orang tua je... pastu lepas solat mesti ada doa... solat subuh kena ada qunut... xde bende tu orang usha pelik... macam yang terjadi kat kawan aku... x pasal-pasal je kena lecture agama... tapi sayang sekali... masyarakat tak belajar pasal agama secara mendalam... bagi lecture pun ikut konsep adat... kawan aku dengar je... sebab dia hormaat orang tua... sabar ye kawan... selain itu, agama ini tak boleh campur dengan urusan lain... dan lain-lain (kalau sebut banyak nanti bikin lu panas je... watpe kan...)

aku tak mahu la tuduh bukan-bukan... oleh itu aku sentiasa bersangka baik bahawa mereka yang kata dah tua baru nak bertaubat mungkin sebab diorang nak feeling masa bertaubat tu... sebab mereka dah pernah baca hadis 40 imam nawawi:


aku pun tak belajar dengan detail pasal hadis nih... bagus la mereka nih... awal-awal dah tahu... dah ada target umur 50-60an baru nak bertaubat tapi persoalannya... korang konfem ke dapat hidup smpai umur tu?

lagi satu ko sekular sangat apasal? kan ko kata islam is the way of life...

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah ayat 208)

aku malas nak bagi tahu lagi pasal sangka baik aku ni... kang x abis pulak...

oleh itu marilah kita semua tak kira tua atau muda mula beramal sekarang... kita mana tentu hidup lama... kita kata kita Islam tapi hakikatnya hanya pada nama sahaja... ingatlah tanggungjawab Islam terletak pada setiap bahu umat Islam... tunjukkanlah nilai Islam dalam diri korang

wallahua'lam

nota: baru abis progress test ngan math test... gile kentang susah... negative marking memang kejam! arghhhh!!! tapi sume tu hanya nota dari Allah menyuruh aku belajar lagi tekun dan serius...
doakan aku berjaya pada exam seterusnya...

Saturday, November 20, 2010

Reminder to SPM and STPM candidates~

Bismillahhirrahmanirrahim...

SPM dan STPM... bila disebut binatang ni... semua orang tahu inilah peperiksaan penghabisan dalam hidup pelajar sekolah... sama ada menghadapinya dengan susah payah, penat lelah dan memerah keringat dan darah (ayat agak melebih-lebih) ataupun menghadapinya dengan kacang, menjawab sambil menutup kedua-dua belah mata, mahupun menjawab ibarat membuat latihan ABC... tak kisah level apa pun korang punya pemikiran... buatlah yang terbaik...


SPM ini mengingatkan aku tentang diri aku juga... aku juga seperti budak lain yang mengambil SPM... selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PMR... ditawarkan ke sebuah sekolah terkemuka di Malaysia... aku menerima tawaran walaupun ibu bapa tak mampu menanggung aku ke sekolah itu... aku menghadapi pelbagai cabaran di suasana baru... almaklumlah... aku ni bukannya biasa sekolah asrama... keputusanku menurun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan... sehingga aku fail banyak subjek... sampai kena jumpa pengetua!

semangat aku masih down... aku pada masa itu banyak mendekatkan diri kepada Allah(maklumlah... sekolah budak baik... tapi aku tak pernah jadi baik... haha)... dan sentiasa meminta pertolonganNya... sampailah aku berkawan rapat dengan sorang kawan aku yg genius dan prodigy yg sekarang ni di KMS... thank you very much aqil~ Allah memberi pertolongan-Nya melalui kawanku ini... Semoga Allah mempermudahkan jalanmu ke syurga wahai sahabatku...

tapi itu sahaja tak cukup... trial spm aku masih dalam tahap membimbangkan... walaupun berjaya luluskan semua subjek... bilangan A masih kurang... namun aku tetap belajar dengan sabar dan memohon pertolongan Allah dengan solat hajat yang tak putus-putus... kerana aku percaya firman Allah:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu`,
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

SPM pun tiba... saat yang menggetarkan hatiku dan kepala otak aku sampai semua ilmu di dada berterabur... entah kemana menghilang... bertambah berdebar apabila apabila tengah jawab... tetiba hilang idea... aku jadi buntu...

4 hari sebelum critical subjek... aku bercadang untuk release tension... kawan-kawan aku ajak pergi cc kat klang... kawan baik aku yang baik ni pun ikut gak... dia kata "relax la... kan sekarang cuti sekolah...". aku pun terima tawaran teristimewa mereka... orang lain pergi main DoTA... aku pula pergi cari soalan spot... banyak dapat hasil bhai! disebabkan rasa happy sangat,kawan aku ajak main DoTA pun aku terima... balik dorm lewat malam... singgah masjid jap... pastu berlakon yang kitorang baru balik dari masjid... kalau kawan tanya kitorang wat ape... "Study la... ape lagi"kami memberi alasan yang agak power... x tahu la mereka terima atau tidak alasan gempak camni...

aku mencari kesamaan dalam setiap soalan spot... sebarang persamaan aku kira sebagai soalan konfem masuk... semua ramalan aku masuk beb! alhamdulillah~

subjek sains aku rasa lega sikit sebab dapat spot yang betul-betul kaw~

namun begitu aku risau... sebab aku rasa aku hanya mampu mendapat 5A sahaja dalam SPM ini... pada masa ini aku mula flashback jasa ibu bapa aku yang menghantar aku kesini untuk belajar... aku rasa hiba...

finally, tibalah masa untuk amik result 12 mac 2009... pergi dengan ktm bersama faqir dan aslah... kat sekolah... cikgu cakap aku dapat result teruk... aku makin resah... masa mengambil slip keputusan pada pukul 10... aku orang pertama ambil result dalam kelas 506... aku gembira sangat... dapat 10 A... alhamdulillah... terus aku call bapa aku... bapa aku cakap ini hadiah harijadi yang terbaik dia dapat pada hari lahirnya... aku gembira sangat dapat penghargaan daripada bapaku...

dan sekarang ini aku belajar di universiti omputih celup dengan ehsan MARA... banyak juga aku dapat... (wahai MARA... bila mahu beri elaun kepadaku tahun ini... kehidupanku kais pagi makan pagi kais petang makan petang semenjak dua menjak ini...)

dan dalam apa situasi sama ada susah mahupun senang sekalipun, kita perlu ingat pada-Nya... jangan kita menjadi hamba yang melampaui batas dan tidak menghargai-Nya... seperti firman Allah:
وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo`a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdo`a kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(Surah Yunus ayat 12)

dan aku berharap dapat istiqamah untuk bersyukur kepada Allah atas nikmat dan ujian yang diberi-Nya...

wallahua'lam

ps:coursework math dan lab report aku x siap lagi... ini semua salah adzim dan gamenya.... arghhh!

Thursday, November 18, 2010

Dunia Oh dunia~

Bismillahirrahmanirrahim

Hati ini sentiasa perlu diupdate dengan ilmu yang memberi kesan kepada amal dan mengetuk pintu iman kerana sesungguhnya matlamat utama seorang manusia tidak lain hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan mengharapkan Syurga-Nya...

ada seorang ustaz bernama Ustaz Hafizi (bukan nama sebenar...), memberi nasihat kepadaku, berusahalah mencari keredhaan Allah... sesungguhnya itu lah yang terbaik... saya rasa ada kebenaran dalam kata-kata nya...

Saidina Ali r.a berkata...
Dunia ini ada 6 perkara sahaja...
1-makanan
2-minuman
3-pakaian
4-kenderaan
5-yang diperisterikan (perempuan)
6-yang dicium (wangi-wangian)

semua ni memang dah sebati dalam hidup manusia... oleh hal yang demikian, kita perlu convertkan aktiviti dunia ini supaya menjadi ibadah supaya kita menjadi
mukmin yang mengamalkan Islam secara syumul...

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
maksud:dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
(Al-Mu'minuun ayat 3)

oh! sungguh rosak hati seseorang jika dia begitu berpegang TEGUH kepada dunia...
carilah ubat hati yakni mengingati mati dan sebagainya... (rujuk kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali rahimahullah...)

Wallahua'lam~

ps:raya kali ni ngan kawan2. pegi raya rumah safwan (bukan nama sebenar) naik kete CHEVVY (bukan nama sebenar) milik nasrun (bukan nama sebenar) bersama pa'tam johan(nama glamour yang sebenar) dan ashrie...


perghhh! sedap makan kat umah safwan... almaklum la... makanan free... puding caramel dia buat aku teringat je... dah balik pun termimpikan puding caramel tu... (tapi bukannya mimpi orang yang buat puding tu... hehe)... on the way balik singgah Alamanda... Safwan cakap nak beli berus gigi... beli berus gigi pun nak beli tempat high class... haha... lawak betul kwn aku nih...

dah... cukup la post kali ni... ada math coursework yang perlu disiapkan...
doakan yang terbaik...
may Allah bless you~

Monday, November 15, 2010

Aidil Adha dan minggu seterusnya... sigh~

Assalamualaikum...
raya kali ini bersama kawan... x boleh balik... sebab ada kelas keesokannya... dan seterusnya...
raya ni cadangnya nak tolong orang surau lapah lembu... maybe nak ambil pengalaman sikit...
by the way... minggu depan akan sibuk dengan coursework,progress test 4 ngan test engineering mathematics.... waaaaaaaaaaa~ gile aku dibuatnya... tak tau nak pi mana...(cakap kedah sikit~)


rasa nak main game counter strike yang real je... argghhhh!


pastu aku ada teringat satu ayat al-Quran:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu`,(Surah Al-Baqarah ayat 45)

sehebat mana pun ujian kita... ingatlah untuk meminta pertolongan dariNya...

sekian...
wallahua'lam~

Thursday, November 11, 2010

Progress Test 3~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Minggu ni aku ada progress test... Juz a quick update... Terbaca ayat ni time kat surau...

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا
Maksud: Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.
(Surah Al-Isra' ayat 67)

Pengajarannya janganlah bila dalam kesusahan baru nak minta tolong pada Allah... dan janganlah kufur nikmat...

dah... pergi study dulu...

Wallahua'lam~

ps:doakan aku berjaya...